SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Tharman berkata Singapura berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan Seri Paduka Baginda yang merupakan sahabat karib kepada republik itu sejak sekian lama, bagi meningkatkan lagi hubungan antara kedua negara berjiran.
"Mewakili semua rakyat Singapura, kami amat berbesar hati bahawa Seri Paduka Baginda memutuskan untuk membuat Lawatan Negara pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia, ke Singapura.
"Di bawah kepimpinan dan sokongan padu Seri Paduka Baginda, kita boleh bersama-sama meningkatkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan Singapura-Malaysia ke tahap lebih tinggi," kata Tharman dalam ucapannya di Jamuan Negara yang berlangsung di kediaman rasmi Presiden Singapura iaitu The Istana, malam ini.
Jamuan itu yang dihoskan Tharman, adalah bersempena Lawatan Negara Yang di-Pertuang Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, ke Singapura.
Ketua Negara Singapura itu berkata Tambak Johor yang menyambut ulang tahunnya yang ke-100, tahun ini, merupakan peringatan tepat pada masanya mengenai bagaimana lintasan darat paling sibuk di dunia itu bukan sekadar hubungan fizikal antara kedua-dua negara, tetapi juga menjadi simbol ikatan yang berkekalan.
"Mari kita bina atas ikatan ini, pada ketika kita melihat semula kepada ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kita tahun hadapan. Seperti kesemua jiran, kita mempunyai isu yang perlu diselesaikan, tetapi kita tidak seharusnya membiarkan perkara itu mengubah keseluruhan hubungan kita," katanya.
Tharman berkata kedua-dua negara perlu terus mencari cara yang saling menguntungkan dan mampan untuk bergerak ke hadapan dalam isu ini, pada ketika memfokuskan kepada banyak kerjasama yang positif dan yang baharu.
Presiden Singapura itu berkata adalah penting bahawa kerjasama antara Malaysia dan Singapura sebagai negara yang berfikiran sama dan ahli pengasas ASEAN diperkukuhkan di tengah-tengah persaingan kuasa besar yang semakin meningkat, dan hakisan ke atas perintah berasaskan undang-undang antarabangsa.
Tambah Tharman, pada ketika Malaysia bersedia untuk mengambil alih Kepegerusian ASEAN tahun hadapan, beliau yakin kedua-dua negara akan terus bekerjasama dengan baik untuk mengekalkan kesatuan, pemusatan dan kerelevanan ASEAN.
Beliau berkata tahun lepas, Singapura dan Malaysia telah mengumumkan beberapa perjanjian baharu untuk mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk inisiatif utama seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), namun ikatan kedua-dua negara lebih mendalam daripada kerjasama ekonomi, merangkumi bidang seperti sebagai warisan budaya, makanan dan sukan.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah tiba di Singapura hari ini untuk lawatan negara dua hari ke republik itu.
Lawatan itu, yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta persekutuan pada 31 Jan, adalah atas jemputan Presiden Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
![Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715010065_Agong.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bersalam bersama Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. - Foto BERNAMA
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738076706_TBkingmalaysia.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737897327_TBPOSTER.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.
![Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025 Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735656238_SultanIbrahimAgon.jpg)
Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.
![Agong terima menghadap Rais Tatarstan Agong terima menghadap Rais Tatarstan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723562191_TBRAISTATARSTAN.jpg)
Agong terima menghadap Rais Tatarstan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rais (Presiden) Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Negara hari ini.
![Potret rasmi Agong, Raja Permaisuri mula diedar esok Potret rasmi Agong, Raja Permaisuri mula diedar esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723038548_FahmiFadzil.jpg)
Potret rasmi Agong, Raja Permaisuri mula diedar esok
Potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan mula diedarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718528662_TBHARIBAPA.jpg)
Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda
Perkara itu dikongsikan Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
![Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715010065_Agong.jpg)
Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
![Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715009694_Agong.jpg)
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
![Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713181129_kolamselamtempur.jpg)
Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.
![Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713095560_TBSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara.