NAIROBI: Pemegang rekod dunia maraton lelaki, Kelvin Kiptum dari Kenya, 24, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di negara kelahirannya.
Seorang pegawai olahraga Kenya yang mengesahkan berita itu kepada BBC berkata, Kiptum terbunuh bersama jurulatihnya, Gervais Hakizimana dari Rwanda dalam kemalangan di berhampiran bandar Eldoret.
Kiptum muncul pada 2023 sebagai saingan kepada rakan senegaranya, Eliud Kipchoge.
Beliau memecahkan rekod dunia Kipchoge di Chicago Oktober lalu, berlari sejauh 26.1 batu dalam masa dua jam dan 35 saat.
Baru minggu lalu, pasukannya mengumumkan bahawa beliau akan cuba berlari dalam jarak kurang dua jam di maraton Rotterdam iaitu satu pencapaian yang tidak pernah dicapai dalam pertandingan terbuka.
Pemergian Kiptum turut diratapi bekas Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga yang berkata, negara itu telah kehilangan "wira sejati" dan sedang berkabung.
"Kiptum merupakan seorang individu yang luar biasa dan ikon olahraga Kenya," katanya.
Memberi penghormatan kepada pemuda itu, Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe menyifatkan Kiptum sebagai atlit yang luar biasa dan meninggalkan warisan yang luar biasa.
Peningkatan kemasyhuran untuk bapa kepada dua anak itu adalah sangat pantas kerana beliau hanya berlari maraton penuh pertamanya pada 2022.
Kiptum bertanding dalam pertandingan utama pertamanya empat tahun sebelum itu berlari dengan kasut yang dipinjam kerana dia tidak mampu membeli sepasang kasutnya sendiri.
Beliau merupakan antara pelapis baharu atlet Kenya yang memulakan karier mereka di atas jalan raya, melepaskan diri daripada tradisi lalu atlet bermula di trek sebelum beralih ke jarak yang lebih jauh.
Kiptum memberitahu BBC tahun lalu bahawa pilihan luar biasanya hanya ditentukan oleh kekurangan sumber.
"Saya tidak mempunyai wang untuk melakukan perjalanan untuk sesi berlari di trek," jelasnya. - BBC
Agensi
Mon Feb 12 2024

Pemegang rekod dunia maraton lelaki, Kelvin Kiptum dari Kenya, 24, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. - Gambar Reuters

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pemegang rekod dunia maraton, Kelvin Kiptum maut kemalangan
Kelvin Kiptum terbunuh bersama jurulatihnya, Gervais Hakizimana dari Rwanda dalam kemalangan di berhampiran bandar Eldoret.