DUBAI: Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu telah mengumumkan maklumat baharu tentang syarat kemasukan ke Abu Dhabi, iaitu pelancong asing yang sudah lengkap dua vaksin tidak lagi perlu menunjukkan bukti sudah mengambil dos penggalak untuk melintas masuk ke bandar raya itu.
Perubahan yang memihak kepada sektor pelancongan itu bagaimanapun menimbulkan kekeliruan berkaitan syarat masuk ke Abu Dhabi. Bandar raya itu selama ini mengenakan peraturan ketat berkaitan usaha mengekang risiko koronavirus, tidak seperti jirannya, Dubai, yang lebih longgar.
Pandemik telah membuatkan Abu Dhabi mengetatkan kawalan sempadannya dengan Dubai, hingga memaksa semua pemandu berhenti untuk melakukan ujian saringan dan pemeriksaan vaksinasi. Itu sekali gus telah mencetus kesesakan di lebuh raya yang sebelumnya sering lengang.
Perubahan syarat yang kerap membuatkan ramai pihak yang sering bergerak keluar masuk bandar raya itu kini keliru. Minggu lalu, pemandu kenderaan dari Dubai yang belum menerima suntikan dos penggalak diarahkan berpatah balik.
Pihak Emiriah kemudian menjelaskan bahawa semua rakyat dan pemastautin yang mahu masuk ke Abu Dhabi perlu menunjukkan bukti sudah mengambil dos penggalak supaya dianggap ‘lengkap divaksin’ dan mengekalkan ‘status hijau’ dalam aplikasi kesihatan kerajaan.
Namun kini, di laman web pelancongan Abu Dhabi menyatakan bahawa peraturan itu tidak dikenakan ke atas pelancong antarabangsa. Mereka boleh memasuki bandar raya itu jika sudah lengkap dua dos vaksin.
Semua pengunjung, sama ada pemastautin atau pelancong luar, perlu menunjukkan hasil ujian negatif COVID-19 yang dibuat dalam tempoh dua minggu, sebelum dibenarkan memasuki Abu Dhabi dan juga kawasan umum termauk pusat beli-belah serta gimnasium.
Agensi
Tue Jan 25 2022
Laman web pelancongan Abu Dhabi menyatakan bahawa peraturan perlu menunjukkan bukti mengambil dos penggalak, tidak dikenakan ke atas pelancong antarabangsa. - Kevin JD@ unsplash.com
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.
Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi
Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oi a
Siri Asian Le Mans: Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor
Yang di-Pertuan menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas kemenangan sulung dalam perlumbaan siri Asian Le Mans di Abu Dhabi.
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat General Women's Union di Abu Dhabi
Baginda turut diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kali ke-52 anjuran GWU.
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
WIEF ke-14 boleh jadi platform pamer ekonomi MADANI kepada dunia Islam
WIEF di Abu Dhabi dijangka menarik 3,000 peserta global dari 80 negara, dengan 50 pemimpin korporat dijangka mengambil bahagian.
'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC
Makhachev, 31, selaku juara lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama.
PM Anwar lawat bandar Masdar di Abu Dhabi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Bandar Masdar di Abu Dhabi pada Jumaat, yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia.