BEIJING: Belia Malaysia khususnya yang belajar di China digesa agar kembali ke tanah air bersama ilmu dan kepakaran untuk menyokong dan menerajui pembangunan negara lebih-lebih lagi dengan perubahan landskap ekonomi di rantau ASEAN kini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata generasi muda memainkan peranan besar sebagai pemimpin baharu yang perlu mengumpul tenaga, sumber, ideologi, bakat dan wawasan mereka untuk memastikan Malaysia mampu memimpin dan bersaing dengan negara besar di rantau ini.
"Nasihat saya kepada semua pelajar, selepas selesai pengajian jangan sesekali berfikir kembali (ke Malaysia) untuk mencari pekerjaan, sebaliknya kembali ke sini (Malaysia) dan mencipta pekerjaan...memimpin negara, menjadi usahawan, membina hubungan dan meningkatkan potensi anda untuk negara.
"Belajar sebanyak mungkin daripada China, lihat bagaimana mereka melakukan sesuatu, tekun, kerja keras, bijak dan membina hubungan," katanya dalam syarahan umum kepada pelajar Malaysia di Universiti Tsinghua, Beijing, di sini hari ini.
Terdahulu, semasa lawatan ke universiti itu Johari turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Tsinghua Wang Xiqin.
Johari berkata negara ASEAN terutama Malaysia, perlu lebih banyak melabur dalam pendidikan dan pembangunan bakat.
Menurutnya pihak universiti juga harus menawarkan kursus seperti pembangunan mampan, teknologi dan keusahawanan yang bersesuaian dengan keperluan masa depan ekonomi.
"Kita semua mesti berusaha untuk membangunkan budaya yang menghargai pendidikan, menyokong kreativiti dan menghargai pemikiran kritis. Kita mesti beri anak-anak kita sumber dan peluang yang mereka perlukan untuk berkembang sebagai pemimpin yang kuat," katanya.
Beliau berkata dalam dunia yang berubah pantas sekarang, kepimpinan memerlukan fleksibiliti, sensitiviti dan kesedaran mendalam terhadap kehalusan budaya serta masyarakat yang memerlukan pemimpin yang boleh memotivasikan rakyat dan memberi mereka kuasa, bukan hanya memberi arahan.
Katanya gaya kepimpinan baharu sedang berlaku di rantau ASEAN apabila generasi muda mula bangkit, mengambil inisiatif, dan mengubah dunia.
"Orang muda adalah pembuat perubahan hari ini dan pemimpin masa depan. Mereka menerajui perubahan sosial, kemajuan inovasi, dan mempengaruhi masa depan negara kita, jadi anak muda Malaysia ambillah peluang ini," katanya.
Johari bersama delegasi Parlimen Malaysia, dalam lawatan rasmi empat hari ke Beijing hingga Khamis ini atas undangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China Zhao Leji susulan pertemuan dua hala pemimpin legislatif itu pada 18 Mei lepas di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Kata Johari, gaya kepimpinan baharu sedang berlaku di rantau ASEAN apabila generasi muda mula bangkit, mengambil inisiatif, dan mengubah dunia. - Gambar Pejabat Speaker Dewan Rakyat
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
[TERKINI] Azizulhasni dibatal penyertaan keirin pusingan pertama
Nasib malang menimpa Datuk Azizulhasni Awang dalam perlumbaan Sukan Olimpik kelimanya apabila beliau dibatalkan daripada acara Keirin di Paris.
MIC kecewa, dakwa BN gagal bela nasib parti komponen
Sebahagian pemimpin tertinggi MIC yang hadir.
Bekas Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elanggo berucap.
Tan Sri Vigneswara berucap.
Sekitar konvensyen.
Bekas Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elanggo berucap.
Tan Sri Vigneswara berucap.
Sekitar konvensyen.
PM bentang data prestasi ekonomi Madani 17 Ogos ini
Semua kementerian akan mengumpulkan data prestasi atau pencapaian selari kerangka Ekonomi MADANI yang telah dilancarkan pada Julai tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KPM siasat status remaja menyamar doktor
Kementeria Pendidikan sedang mengenal pasti status remaja perempuan menyamar sebagai pegawai perubatan sama ada masih bersekolah atau keciciran.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus langgar garisan biru, perlu ke repechage
Shah Firdaus Sahrom, menamatkan pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ketiga dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi tetapi keputusan itu tidak dikira.
Pelajar terbabit 'scam' berdepan tindakan undang-undang
Polis mengesan terdapat kes membabitkan penuntut institut pengajian tinggi yang memberi kebenaran kepada sindiket penipuan dalam talian atau 'scammer' untuk menggunakan akaun bank mereka.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 Ogos 2024.
Tumpuan Ahad – 11 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.
Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih
Tiba masa golongan muda mengambil alih dan mendalami bidang penyembelihan haiwan ternakan daripada orang lama yang berpengalaman.
IKMa fokus laksana agenda pendigitalan kepada koperasi
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) memberi tumpuan agenda pendigitalan kepada koperasi supaya keupayaannya dipertingkat sekali gus menjadi medan baharu pembangunan ekonomi negara.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Sistem tagal bukan sekadar konservasi ikan Sungai Moroli, malah jadi tarikan pelancong
Tagal, sistem konservasi hidupan akuatik sungai diwarisi bergenerasi lamanya penduduk negeri ini mewujudkan simbiosis dengan menyediakan bekalan makanan mampan buat penduduk.
Jangkauan pasaran industri pembrokeran harus berubah dalam persekitaran teknologi disruptif
Industri pembrokeran saham perlu bersaing dan mengubah cara ia menjangkau pasaran dalam persekitaran teknologi disruptif.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.