Pekerja di Venezuela akan mendapat cuti tambahan hujung minggu pada setiap Jumaat sehingga awal Jun ini sebagai langkah segera kerajaan menjimatkan kos elektrik, lapor agensi berita AFP.
Hujung minggu panjang itu bermula minggu ini dan dijadual berakhir pada 6 Jun ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Venezuela Nicolas Maduro melalui satu ucapan yang disiarkan di televisyen.
“Pelan selama dua bulan ini akan membolehkan kita menempuh waktu paling sukar dan paling berisiko ini. Saya menyeru semua rakyat untuk menyokong pelan ini dengan penuh disiplin, penuh kesedaran dan kerjasama untuk menghadapi keadaan yang ekstrem ini,” kata Maduro.
Laporan media bagaimanapun tidak menyebut apakah penutupan setiap Jumaat itu turut dikenakan ke atas sekolah dan semua urusan pejabat.
Pengumuman itu bagaimanapun disambut dengan reaksi yang pelbagai termasuk dalam kalangan rakyat yang mempersoalkan apakah dengan tidak bekerja rakyat akan menjimatkan elektrik.
Pengumuman ini menyusul langkah Presiden Venezuela memberikan cuti panjang sempena Hari Paskah ketika negara itu berdepan dengan krisis bekalan tenaga.
Cuti Hari Paskah selama dua hari pada hujung bulan lepas dilanjutkan sehingga lima hari.
Venezuela berdepan dengan krisis bekalan elektrik selepas kadar air di semua 18 empangan janakuasa hidroelektrik surut teruk kerana musim kemarau.
Agensi
Thu Apr 07 2016
Laporan media bagaimanapun tidak menyebut apakah penutupan setiap Jumaat itu turut dikenakan ke atas sekolah dan semua urusan pejabat. - Gambar AFP
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Amerika sita pesawat Presiden Venezuela, Nicolas Maduro
Pesawat milik Presiden Venezuela, Nicolas Maduro didakwa dibeli secara haram pada harga AS$13 juta dan diseludup keluar dari negara itu.
Maduro arah gantung platform X selama 10 hari di Venezuela
Presiden Nicolas Maduro mengarahkan sekatan platform media sosial X di Venezuela selama 10 hari di tengah-tengah protes pilihan raya presiden.
EU tidak iktiraf kemenangan Maduro dalam pilihan raya Venezuela
Kesatuan Eropah (EU) tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya presiden di Venezuela tanpa pendedahan penuh rekod pengundian rasmi, kata Peter Stano.
Maduro menang pilihan raya presiden Venezuela
, 29 Julai (Sputnik) -- Presiden Venezuela, Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 51.2 peratus undi selepas 80 peratus undian selesai diproses, menurut pengerusi Suru
Pergaduhan tercetus sebaik pusat mengundi di Venezuela ditutup
Pengundi di luar pusat pilihan raya menuntut untuk masuk ke lokasi untuk menyaksikan kiraan undi.
Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden
Rakyat Venezuela keluar ke pusat mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu.
Warga Venezuela di Argentina protes tuntut pilihan raya bebas
Puluhan migran Venezuela yang menetap di Argentina berarak di Buenos Aires bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro serta menuntut pilihan raya bebas.
AS masih belum terima Maduro sebagai 'pemimpin sah Venezuela'
Pada Jumaat, pembangkang Venezuela mengundi untuk bubarkan "kerajaan sementara" pimpinan Juan Guaido yang diiktiraf banyak negara.
Banjir dan tanah runtuh di Venezuela, 22 maut 52 hilang
Sekurang-kurangnya 22 orang maut manakala 52 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh dicetuskan hujan lebat.