GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ulangi amaran agensi badan dunia itu berkaitan kemungkinan berlakunya malapetaka kemanusiaan susulan operasi ketenteraan besar-besaran melalui darat ke atas Semenanjung Gaza.
Volker Turk memaklumkan pihaknya sudah terputus hubungan dengan petugas di lapangan dan wartawan kini tidak lagi mampu memberikan laporan dari wilayah itu.
Volker turut mendesak negara-negara yang berpengaruh di Asia Barat untuk bertindak mengurangkan ketegangan.
"Berdasarkan keadaan operasi ketenteraan yang berterusan sehingga kini, dalam konteks penjajahan selama 56 tahun, saya meningkatkan kebimbangan kemungkinan malapetaka kemanusiaan, kesan dari operasi besar-besaran menerusi darat di Gaza dan potensi untuk ribuan lagi penduduk awam terkorban.
"Keganasan berterusan bukan jawapannya. Saya mendesak semua pihak termasuk negara-negara yang berpengaruh untuk melakukan apa saja dalam kuasa mereka untuk menamatkan ketegangan ini," katanya.
Israel melancarkan operasi ketenteraan menerusi darat bermula Jumaat atas alasan mahu mensasarkan terowong dan infrastruktur yang digunakan oleh pejuang Hamas.
Astro Awani
Sat Oct 28 2023

Rakyat Palestin mengeluarkan mayat mangsa dari bawah runtuhan bangunan yang diserang tentera rejim Zionis Israel di Gaza. - Foto AP

Hampir 200 Tabika Perpaduan perlu dibaik pulih tahun ini - JPPIN
Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk kerja baik pulih Tabika dan Taska Perpaduan yang berdepan dengan masalah kerosakan dan sebagainya.

Tragedi menjelang Syawal, abang parah, adik cedera main mercun bola di Kedah
Mangsa yang juga abang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah.
Tenaga kerja mahir semakin terhad, apa solusi?
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membangunkan tenaga kerja mahir, dengan ketidakpadanan antara penawaran graduan dan permintaan pekerjaan berkemahiran tinggi. Walaupun ramai graduan dihasilkan, ramai yang terpaksa bekerja dalam bidang berkemahiran rendah atau separa mahir.

Presiden Nigeria isytihar darurat di River State
Presiden Bola Tinubu mengisytiharkan darurat di Rivers State, wilayah kaya minyak, berikutan krisis politik berpanjangan dan kegagalan pentadbiran.

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM
Pelantikan Salim adalah bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari lalu.
"Walau sesakit manapun, realitinya saya sekadar kenderaan" - Syed Saddiq
Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari awal. Selain ibu bapa, beliau juga menyatakan penghargaan kepada Bella Astillah yang turut hadir bersama beliau di mahkamah dengan berkata "dia wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi". #AWANInews

Kanada pergiat usaha tingkat dagangan, pelaburan termasuk dengan Kanada
Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.
Lelaki warga emas didakwa hari ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa menampar bukan Muslim kerana makan di tempat awam pada Ramadan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas tuduhan mencederakan mangsa. #AWANInews

Presiden Somalia terselamat daripada cubaan bunuh di Mogadishu
Kerajaan Somalia sahkan letupan di Mogadishu pada Selasa merupakan cubaan bunuh terhadap Presiden Hassan Sheikh Mohamud oleh kumpulan al-Shabaab.
Dua pemandu lori ditahan bersama ganja RM500,000
dua pemanduuPolis menahan dua pemandu lori warga tempatan disyaki ahli sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, serta merampas 146.59 kilogram ganja dan 1.075 kilogram bunga ganja bernilai RM500,000 pada dua serbuan operasi khas di Pulau Pinang pada Sabtu. #AWANInews

PBB gesa siasatan terhadap serangan Israel berhampiran hospital di Beirut
Volker Turk pada Selasa berkata beliau "ngeri" dengan serangan ke atas sebuah hospital di selatan Beirut pada Isnin dan menggesa agar "siasatan segera dan lengkap" dilakukan berhubung insiden itu.

Pembunuhan, kemusnahan di Asia Barat mesti berakhir - PBB
Volker Turk berkata kini lebih daripada sebelumnya keberanian politik, kepimpinan dan belas kasihan amat diperlukan di di Asia Barat.

PBB zahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang memuncak di Gaza
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk berkata malah kakitangan PBB mempunyai akses terhad ke Gaza.

Kepentingan hak asasi manusia selari dengan konsep Malaysia MADANI - PM
Kepentingan hak asasi manusia selari dengan apa yang dibawa dalam konsep Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia lawat Malaysia pada Selasa
Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada Selasa.

PBB ulangi amaran kemungkinan malapetaka di Gaza
Volker Turk memaklumkan pihaknya sudah terputus hubungan dengan petugas di lapangan dan wartawan kini tidak lagi mampu memberikan laporan.

Perang Palestin-Israel: Penutupan penuh Gaza cabul undang-undang antarabangsa - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam keputusan Israel menghentikan semua penghantaran makanan, air, elektrik dan bahan api ke Semenanjung Gaza.

Isu Rohingya: Myanmar bantah komen UNHCR, tidak mahu dikritik bersendirian
Myanmar mengatakan bahawa kritikan mengenai masalah pelarian dan Rohingya tidak seharusnya ditujukan kepada negaranya sahaja.