KUALA LUMPUR: Kepentingan hak asasi manusia selari dengan apa yang dibawa dalam konsep Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata perkara itu dibangkitkan semasa pertemuan beliau dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk di Parlimen hari ini.
"Sebuah negara perlu ada wawasan bertunjangkan nilai asas yang diperlukan di dalam masyarakat harmoni, berkembang maju dan aman tanpa melupakan konsep ihsan serta hak asasi manusia," katanya.
Perdana Menteri berkata lawatan Volker dan delegasinya ke Malaysia adalah atas jemputan kerajaan.
Beliau berkata ia sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia memupuk kerjasama dengan PBB bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai hak asasi manusia untuk dinikmati bersama oleh seluruh rakyat.
Menerusi hantaran berasingan, Anwar berkata beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Menteri Negara bagi Perdagangan Luar Emiriah Arab Bersatu Dr Thani Ahmed Al-Zeyoudi.
Antara perkara yang dibincang pada pertemuan itu, yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ialah kerjasama dua hala kedua-dua negara dalam bidang ekonomi.
"Alhamdulillah, banyak kerjasama yang telah diusahakan antara agensi dan juga syarikat kedua-dua negara sebelum ini dan juga yang dirancang pada masa hadapan," katanya.
Perdana Menteri juga berkata komitmen lebih padu dan erat dijangka dapat diteroka menerusi kerjasama ekonomi lebih mendalam khususnya melalui Perjanjian Perkongsian Ekonomi Yang Komprehensif (CEPA) yang sedang dirundingkan.
Tengku Zafrul pula berkata kedua-dua negara mengesahkan komitmen untuk menandatangani perjanjian itu menjelang tahun ini.
Sebagai perjanjian perdagangan bebas pertama Malaysia dengan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), ia dijangka membuka jalan ke arah kerjasama ekonomi lebih mendalam dan memupuk persekitaran kondusif untuk peningkatan aliran perdagangan serta pelaburan bukan sahaja antara kedua-dua negara tetapi juga ASEAN dan rantau GCC secara amnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan beliau dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk di Parlimen. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

Operasi mencari lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat diteruskan
Lelaki itu dikhuatiri lemas ketika memukat di sungai berkenaan bersama anaknya yang berusia 8 tahun, malam tadi.

Sarjan didakwa minta rasuah gelang emas
Tertuduh didakwa meminta suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas suspek wanita berusia 39 tahun berkaitan kes pukul.

Palestin mohon sesi tergempar Majlis Liga Arab
Palestin kemuka permohonan sesi tergempar Majlis Liga Arab susulan tindakan Israel secara unilateral menamatkan perjanjian gencatan senjata.

Hampir 200 Tabika Perpaduan perlu dibaik pulih tahun ini - JPPIN
Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk kerja baik pulih Tabika dan Taska Perpaduan yang berdepan dengan masalah kerosakan dan sebagainya.

Tragedi menjelang Syawal, abang parah, adik cedera main mercun bola di Kedah
Mangsa yang juga abang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah.
Tenaga kerja mahir semakin terhad, apa solusi?
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membangunkan tenaga kerja mahir, dengan ketidakpadanan antara penawaran graduan dan permintaan pekerjaan berkemahiran tinggi. Walaupun ramai graduan dihasilkan, ramai yang terpaksa bekerja dalam bidang berkemahiran rendah atau separa mahir.

Presiden Nigeria isytihar darurat di River State
Presiden Bola Tinubu mengisytiharkan darurat di Rivers State, wilayah kaya minyak, berikutan krisis politik berpanjangan dan kegagalan pentadbiran.

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM
Pelantikan Salim adalah bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari lalu.
"Walau sesakit manapun, realitinya saya sekadar kenderaan" - Syed Saddiq
Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari awal. Selain ibu bapa, beliau juga menyatakan penghargaan kepada Bella Astillah yang turut hadir bersama beliau di mahkamah dengan berkata "dia wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi". #AWANInews

Kanada pergiat usaha tingkat dagangan, pelaburan termasuk dengan Kanada
Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.

Kepentingan hak asasi manusia selari dengan konsep Malaysia MADANI - PM
Kepentingan hak asasi manusia selari dengan apa yang dibawa dalam konsep Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.