PUTRAJAYA: Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada Selasa, atas jemputan Kerajaan Malaysia.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata Lawatan Kerja Turk adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Malaysia memupuk kerjasama dengan PBB bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia.
Semasa di Malaysia, Turk dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta beberapa anggota Kabinet lain.
Beliau juga akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) serta anggota-anggota masyarakat madani yang berkaitan.
Turk akan disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari Pejabat di Geneva dan Bangkok, dalam lawatan sulung ke Asia Tenggara sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia. Selain Malaysia, beliau akan melawat Thailand dan Laos.
Ini merupakan lawatan kedua oleh Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB ke Malaysia. Michele Bachelet, bekas Pesuruhjaya Tinggi agensi itu telah melawat Malaysia pada 2019.
Malaysia merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva yang aktif dan sentiasa memainkan peranan yang membina dalam majlis itu.
Malaysia telah dipilih menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia untuk tiga penggal iaitu 2006-2009, 2010-2013 dan 2022-2024.
Malaysia akan menamatkan keanggotaan dalam penggal semasa pada 31 Dis tahun ini.
Dalam hal yang berkaitan, Malaysia telah berjaya membentangkan Laporan Negara Keempat mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Majlis Hak Asasi Manusia pada Januari tahun ini.
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia telah ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada Disember 1993 untuk memudah cara Negara-Negara Anggota PBB mempromosi pembangunan mampan dan memperhebatkan kerjasama antarabangsa dalam usaha meningkatkan kesedaran dan melindungi hak asasi manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Semasa di Malaysia, Turk dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto unhcr.org

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia lawat Malaysia pada Selasa
Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada Selasa.