"Kejadian ini dan kejadian serupa yang lain mesti disiasat dengan telus serta perlu ada pihak bertanggungjawab. Kami sudah tentu mengutuk pembunuhan mana-mana dan semua wartawan," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric dalam sidang media.
Dujarric juga menyampaikan takziah dan menegaskan semula gesaan PBB untuk akses yang lebih luas dan penuh bagi wartawan.
Ditanya bagaimana PBB boleh melindungi wartawan, Dujarric berkata, keupayaan PBB melindungi wartawan adalah melalui advokasi.
"Kami bukanlah pihak yang memegang senjata. Kami tidak mengawal pintu sempadan Rafah. Kami tidak mengendalikan pengeluaran visa.
"Tetapi dalam konflik ini, seperti dalam mana-mana konflik, akses bebas dan tidak terhalang kepada wartawan adalah penting untuk maklumat awam. Dan kami tidak mendapatnya di sini. Kami tidak mendapatnya sama sekali," katanya.
Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza kepada 165 orang sejak 7 Okt 2023, menurut pejabat media kerajaan Gaza. - BERNAMA