GAZA: Pasukan Pertahanan Awam Palestin (PCD) di Semenanjung Gaza berdepan tugas getir berikutan kekurangan petugas untuk membantu mangsa yang terperangkap selepas rumah mereka musnah akibat serangan Israel.
PCD dalam satu kenyataan pada Rabu berkata ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan di pelbagai kawasan di Gaza akibat serangan udara yang bertalu-talu, lapor Agensi Anadolu.
Selain kekangan dari segi jumlah anggota, PCD turut berdepan masalah kekurangan peralatan yang diperlukan untuk beroperasi dengan lebih berkesan.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: Hampir 150,000 penduduk di Gaza terpaksa berpindah
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Sehingga Selasa, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza mencecah 900, termasuk sekurang-kurangnya 260 kanak-kanak dan 200 wanita, menurut Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza.
Sementara itu, jumlah mangsa yang cedera pula melebihi 4,500 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

Sehingga Selasa, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza mencecah 900, termasuk sekurang-kurangnya 260 kanak-kanak dan 200 wanita. - Foto AP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pasukan Pertahanan Awam Palestin berdepan tugas getir di Gaza
Pasukan Pertahanan Awam Palestin di Semenanjung Gaza berdepan tugas getir berikutan kekurangan petugas untuk membantu mangsa yang terperangkap.