Pertemuan itu dijadual berlangsung pada 11 pagi waktu tempatan (1600 GMT). Presiden yang bakal mengakhiri penggalnya itu dijangka akan membincangkan proses peralihan kuasa dengan penggantinya.
Ini akan menjadi pertemuan bersemuka yang pertama kali lebih lama antara mereka sejak debat pilihan raya presiden pada Jun. Prestasi buruk Biden semasa debat itu menimbulkan kebimbangan mengenai pencalonannya, yang akhirnya membawa kepada penggantian beliau dengan Naib Presiden Kamala Harris.
Trump tidak mengalu-alukan kedatangan Biden ke Pejabat Oval pada 2020 selepas kalah dalam perebutan untuk penggal kedua.
-- BERNAMA