BANGKOK: Parti Move Forward Thailand dan perikatannya yakin dapat mewujudkan kerajaan yang stabil dan seimbang selepas kemenangan menakjubkan dalam pilihan raya umum pada Ahad.
Perikatan itu kini mempunyai 313 daripada 500 kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat dengan dengan Pita Limjaroenrat sebagai calon perdana menteri.
Pita berkata gabungan itu terdiri daripada lapan parti iaitu Move Forward yang memenangi 152 kerusi, Pheu Thai (141), Prachachat (sembilan), Thai Sang Thai (enam), Pue Thai Rumphlang (dua), Thai Liberal Party, Fair Party, dan Plung Sungkom Mai masing-masing satu kerusi.
"Pakatan itu sedang dibentuk dengan teguh. Ada kemajuan. Kami mempunyai pelan hala tuju yang sangat jelas mulai hari ini dan sehingga hari saya menjadi perdana menteri.
"Semua pihak bersetuju menyokong pemimpin Move Forward - Pita Limjaroenrat menjadi Perdana Menteri ke-30," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pita berkata gabungan itu sedang mengusahakan memorandum persefahaman (MoU) yang akan menggariskan kerjasama dan agenda dalam membentuk kerajaan.
MoU itu akan dikongsi dengan orang ramai pada 22 Mei yang memberi makna signifikan kerana ia menandakan sembilan tahun sejak tentera merampas kuasa daripada Yingluck Shinawatra pada 2014.
Gabungan yang diterajui Move Forward perlu meraih sokongan untuk memastikan ia memperoleh undi yang mencukupi semasa pemilihan perdana menteri.
Gabungan itu memerlukan 376 undi daripada 750 anggota Dewan Rakyat sebelum melantik perdana menteri dan membentuk kerajaan.
250 senator yang dilantik oleh tentera selepas rampasan kuasa 2014 mempunyai peranan dalam menentukan pencalonan perdana menteri.
Senator mempunyai rekod berpihak kepada parti yang disokong tentera.
Pada pilihan raya umum 2019, kesemua 250 senator, kecuali seorang - Speaker Dewan Negara, mengundi menyokong Prayuth sebagai perdana menteri.
Memandangkan gabungan itu memerlukan 63 undi lagi untuk menentukan perdana menteri baharu Thailand, Pita berkata bilangan ahli parlimen adalah mencukupi tetapi gabungan itu akan terus memperoleh lebih banyak undi.
Sementara itu, gabungan itu mungkin terjejas apabila Parti Bhumjaithai, yang menduduki tempat ketiga pada pilihan raya Ahad dengan unjuran 70 kerusi, mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong mana-mana calon perdana menteri yang menyokong dasar untuk meminda atau memansuhkan undang-undang fitnah diraja, lese-majeste.
Move Forward telah mencadangkan beberapa perubahan kepada undang-undang lese-majeste yang kontroversi.
Mengenai kes yang difailkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertujuan untuk membatalkan kelayakannya berhubung syernya dalam sebuah syarikat media, Pita dengan yakin menyatakan, "Saya tidak bimbang."
"Saya sedia disiasat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023

Perikatan itu kini mempunyai 313 daripada 500 kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat dengan dengan Pita Limjaroenrat sebagai calon perdana menteri. - Gambar fail/AP/Sakchai Lalit

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

Ecuador adakan pilihan raya umum
Rakyat Ecuador keluar mengundi pada Ahad untuk memilih seorang presiden, naib presiden, 151 anggota Dewan Negara dan lima anggota Parlimen Andean untuk tempoh empat tahun.

Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.

Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.

Pemilih Jepun keluar mengundi pada Ahad untuk pilihan raya awal
Terdapat lebih 45,000 pusat pengundian di seluruh negara untuk lebih 105 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.

Presiden Sri Lanka bubar Parlimen, umum pilihan raya pada 14 Nov
Presiden Sri Lanka membubarkan Parlimen pada lewat Selasa dan mengumumkan pilihan raya umum bakal berlangsung pada 14 Nov.

Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.

Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Masih terlalu awal buat kesimpulan BN bergerak solo - Mohamad Hasan
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRU akan datang lebih sukar buat UMNO - Mohamad
Katanya, kumpulan tersebut mampu menewaskan pelbagai dasar kerajaan dengan hanya serangan yang dipaparkan di skrin media sosial mereka.