SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana gagal berhenti di balai pelepasan imigresen di Pusat Pemeriksaan Tuas dan kesalahan lain.
Kira-kira 2.14 pagi Jumaat, sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia dipandu seorang lelaki warga Singapura, berjaya mengelak pemeriksaan di balai pelepasan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Malaysia lalu memecut ke arah Singapura dan dikejar Polis Trafik Malaysia, menurut ICA.
"Kenderaan itu dikesan di pintu masuk Pusat Pemeriksaan Tuas menghala ke Malaysia.
"Penggera diaktifkan dan pusat pemeriksaan ditutup serta merta," menurut ICA menerusi laman sesawangnya.
Pemandu itu cuba meloloskan diri melalui lorong pelepasan motosikal automatik, tetapi gagal setelah kenderaannya merempuh kaunter.
Pegawai ICA mengalami cedera ringan dan pemandu itu berjaya ditahan penguat kuasa.
Kedua-dua penumpang dalam kenderaan terbabit; seorang lelaki warga China dan seorang wanita warga Vietnam (berdasarkan pengisytiharan), cuba melarikan diri dari lokasi kejadian tetapi berjaya ditahan.
"Wanita warga Vietnam mengalami kecederaan ketika cuba melarikan diri. Kedua-dua mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," menurut ICA.
Siasatan awal mendapati pemandu itu dikehendaki Polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB), dan didakwa memiliki dokumen palsu Singapura.
Ujian awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah, kesemuanya kini ditahan pihak polis dan siasatan masih diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Siasatan awal mendapati pemandu itu dikehendaki Polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB), dan didakwa memiliki dokumen palsu Singapura. - Bernama

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Pandu kereta dari Malaysia cuba 'rempuh masuk ke Singapura', 2 lelaki, seorang wanita ditahan
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana gagal berhenti di balai pelepasan imigresen di Pusat Pemeriksaan Tuas dan kesalahan lain.