ISTANBUL: Semua pelepasan dan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri Beirut ditangguhkan atau dibatalkan susulan kemungkinan serangan Israel ke atas Lubnan.
Agensi Anadolu melaporkan penerbangan dari petang 28 Julai dan seterusnya telah digantung, memetik paparan maklumat pelepasan dan ketibaan di lapangan terbang itu pada Ahad.
Maklumat penerbangan di laman sesawang lapangan terbang memaparkan semua penerbangan dari Beirut ke pelbagai destinasi di seluruh dunia dan sebaliknya "dibatalkan" atau "ditangguhkan."
Pembatalan dan penangguhan dijangka berterusan sehingga pagi Isnin.
Middle East Airlines (MEA) sebelum ini mengumumkan bahawa beberapa penerbangan yang dijadual berlepas dari Beirut akan ditangguhkan sehingga pagi 29 Julai.
MEA adalah syarikat penerbangan kebangsaan Lubnan yang mengendalikan penerbangan ke pelbagai destinasi di Asia Barat, Eropah, Afrika dan seterusnya.
Terdahulu Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Perancis mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warganegara mereka agar tidak melakukan perjalanan ke Lubnan, susulan kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan udara akibat ketegangan serantau yang semakin meningkat.
Ketegangan semakin meningkat selepas tentera Israel pada Ahad membentangkan senario kepada kerajaannya mengenai kemungkinan serangan ke atas kumpulan Hezbollah berikutan serangan roket yang membunuh 12 orang di Bukit Golan yang diduduki Israel, menurut laporan media antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri di Beirut, Lubnan, 28 Julai 2024. - REUTERS
Tiang ekonomi yang reput, perlu dibuang - Rafizi
Dasar ekonomi umpama tiang. Buang tiang rosak ganti tiang baharu.
Negara perlu kurangkan pekerja asing kurang kemahiran
Sektor ekonomi yang bergantung kepada pekerja asing berkemahiran rendah perlu dikurangkan.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, perubahan sosioekonomi rakyat yang berkembang dengan sangat pantas, menyebabkan perkara itu disifatkan sebagai cabaran yang lebih besar selain daripada menstrukturkan ekonomi dan sektor yang berdaya saing pada masa hadapan.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, perubahan sosioekonomi rakyat yang berkembang dengan sangat pantas, menyebabkan perkara itu disifatkan sebagai cabaran yang lebih besar selain daripada menstrukturkan ekonomi dan sektor yang berdaya saing pada masa hadapan.
Basmi kemiskinan: Umat Islam perlu guna pendekatan lebih meluas, selaras - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu menggunakan pendekatan dalam skala yang lebih luas dan selaras, dalam usaha membasmi kemiskinan multidimensi tegar yang sedang melanda dunia.
Lelaki tersepit, 15 pelajar sekolah terselamat nahas lori dan bas sekolah
Seramai 15 pelajar terselamat dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dinaiki mereka dengan sebuah lori di Kampung Nasib, Jalan Sungai Siput- Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.
Kementerian Digital cadang tubuh Suruhanjaya Data galak pasaran pusat data
Gobind Singh Deo berkata bagi tujuan itu, pihaknya merancang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Rusia puji pendirian Malaysia tidak berpihak berhubung isu Ukraine - Lavrov
Rusia memuji pendirian Malaysia yang tidak berpihak terhadap konflik Ukraine, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Ahad.
Malaysia catat 49,992 kes Hepatitis B bagi tempoh 10 tahun - KKM
Bagi kes Hepatitis C, beliau berkata jumlah keseluruhan adalah sebanyak 34,573 kes bagi tempoh sama.
Maduro menang pilihan raya presiden Venezuela
, 29 Julai (Sputnik) -- Presiden Venezuela, Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 51.2 peratus undi selepas 80 peratus undian selesai diproses, menurut pengerusi Suru
Umat Islam perlu bersatu ketika konflik, jurang ekonomi global semakin meningkat - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah terdapat keperluan mendesak untuk umat Islam bersatu padu pada ketika konflik dan jurang ekonomi global yang semakin meningkat.
AWANI Ringkas: Kerajaan berusaha sekat maklumat bahaya berleluasa - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Operasi lapangan terbang Beirut dihentikan susulan peningkatan ancaman Israel
Penerbangan dari petang 28 Julai dan seterusnya pigantung, menurut paparan maklumat pelepasan dan ketibaan di lapangan terbang itu pada Ahad.
Hezbollah perlu ‘bayar harga setimpal’ atas kematian 12 kanak-kanak di padang bola - Israel
Israel menyalahkan Hezbollah atas serangan roket di Bukit Golan yang mengorbankan kanak-kanak berkenaan.
Pasukan pengaman dan misi PBB beri amaran mengenai 'kebakaran besar' antara Israel dan Hizbullah
Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan memberi amaran pada Ahad mengenai "kebakaran besar" antara Israel dan Hizbullah susulan serangan maut di Bandar Majdal Shams di Bukit Golan yang d
Angka korban di Gaza meningkat kepada 39,324 dan 90,830 cedera
Tentera Israel telah melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 66 warga Palestin terbunuh dan 241 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
'Israel tidak akan berdiam diri' - Netanyahu
Kenyataan itu dibuat susulan serangan roket yang membunuh 11 orang, termasuk kanak-kanak, di padang bola sepak di Bukit Golan.
30 terbunuh dalam serangan udara Israel di sebuah sekolah
Israel menyatakan serangan itu menyasarkan pejuang Hamas yang didakwa menggunakan sekolah tersebut sebagai tempat operasi mereka.
Penduduk Gaza diarah berpindah lagi
Tentera mendakwa, penduduk berisiko berdepan bahaya jika terus kekal di kawasan itu berikutan tembakan roket dari selatan Khan Younis.
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.