Peraturan yang diluluskan sebulat suara dengan undian 6-0 itu perlu mendapat kelulusan gabenor dan badan perundangan negeri sebelum dikuatkuasakan.
Jika diluluskan, peraturan itu akan mewajibkan setiap daerah sekolah merekodkan bilangan pelajar yang ibu bapa atau penjaganya tidak dapat mengemukakan bukti kewarganegaraan atau status imigresen yang sah "disebabkan ketiadaan kewarganegaraan atau status imigresen yang sah bagi pelajar berkenaan."
"Peraturan ini hanya bertujuan untuk merekodkan jumlah pelajar yang merupakan anak pendatang haram di sekolah kami," kata Penguasa Pendidikan Awam Ryan Walters yang juga ahli lembaga Parti Republikan.
Puluhan pelajar di Oklahoma City pada Selasa mengadakan bantahan terhadap dasar imigresen Walters, termasuk menuntut supaya ejen penguat kuasa imigresen tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah, menurut laporan media tempatan.
"Semua kanak-kanak mempunyai hak perlembagaan untuk mendapat akses sama rata kepada pendidikan tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigresen mereka," kata Pusat Undang-Undang Imigresen Kebangsaan dalam satu kenyataan sebagai respons kepada perubahan peraturan itu.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump minggu lepas mengeluarkan arahan yang membenarkan ejen Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) menahan individu di sekolah.
Walters berkata, Oklahoma merancang untuk mematuhi arahan pentadbiran Trump itu. - BERNAMA