BOGOTA:Berpantang maut sebelum ajal. Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan situasi seorang pemuda yang kritikal selepas tercekik ikan yang dipancingnya.
Insiden pelik itu dilaporkan berlaku di pekan kecil Pivijay, Colombia pada 23 Januari lalu.
Menurut media tempatan, pemuda berusia 24 tahun itu datang sendiri ke unit kecemasan di Hospital Santander Herrera, namun sukar menjelaskan kepada petugas kesihatan berhubung kejadian yang menimpanya.
Pemuda itu dilihat sukar bernafas dan sekadar memberi isyarat sesuatu masuk ke dalam kerongkongnya.
Selepas menjalani imbasan x-ray, doktor segera menjalankan prosedur mengeluarkan ikan tersebut yang tersekat di bahagian atas salur pernafasan.
"Lelaki itu memberitahu dia memegang ikan tersebut di mulut dan ia tercicir hingga masuk ke kerongkong ketika sedang memancing," kata doktor.
Doktor mengesahkan pesakit dirawat selama dua hari dan telah pulih sepenuhnya.
Sinar Harian
Sat Feb 06 2021
Doktor berjaya mengeluarkan ikan yang tersekat dalam kerongkong pemuda berkenaan.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja lelaki maut ketika melintas jalan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
Dua terbunuh selepas jet latihan tentera terhempas - PM Bulgaria
Dua individu disahkan maut selepas jet latihan tentera Bulgaria terhempas pada Jumaat.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan
Sekurang-kurangnya 13 orang maut pada Rabu selepas meminum arak tiruan di negeri Tamil Nadu, India.
Empat maut, 120 cedera gempa bumi di timur Iran
Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter dengan kedalaman enam kilometer berlaku pada 1.24 tengah hari waktu tempatan.
Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja
Selepas tujuh hari bertarung nyawa, seorang pekerja ladang maut akibat dipukul rakan sekerja dalam satu pergaduhan di sebuah ladang di Paitan.
Lapan maut dalam trak sejuk beku di China
Seramai lapan orang maut dipercayai sesak nafas ketika berada dalam sebuah trak sejuk beku di wilayah Henan, China.
Lelaki maut dihempap jengkaut
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 39 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.