SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Batu 9 Jalan Labu, Nilai pada 6.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata remaja berusia 14 tahun yang menunggang motosikal dari arah Kampung Tebing menghala ke Nilai itu dipercayai mangsa kemalangan langgar lari.
"Apabila tiba di lokasi kemalangan, motosikal itu dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kenderan lain dari arah yang sama.
"Akibat kemalangan tersebut, pelajar sekolah menengah itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik Klinik Kesihatan Nilai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Insp Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
Abdul Malik berkata remaja berusia 14 tahun yang menunggang motosikal dari arah Kampung Tebing menghala ke Nilai itu dipercayai mangsa kemalangan langgar lari. - Gambar Bernama
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Hampir seminggu hanyut, dua mangsa selamat kembali
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.
Prospek Pelaburan 2025: Lebih Cabaran & Peluang
Memasuki tahun 2025 tidak lama lagi, ekonomi global dilihat berada di persimpangan, dengan ketegangan geopolitik, cabaran struktur di China dan dasar perdagangan AS, menambah ketidaktentuan pasaran. Ulasan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.