PADA 9 September yang lalu JPJ telah membuka bidaan Nombor Plat ‘EV’ yang dikhususkan untuk kenderaan elektrik sepenuhnya.


Ringkasan AI
  • JPJ membuka bidaan untuk nombor plat khusus bagi kenderaan elektrik sepenuhnya melalui sistem JPJeBID dari 9-13 September.
  • Nombor seperti '8055' dan '805' yang menyerupai perkataan 'BOSS' dan 'BOS' menarik minat ramai, dengan bidaan bermula dari RM 500. Nombor '1337' yang bermaksud 'leet' juga popular dengan bidaan bermula RM350.
  • Nombor plat 'EV 8055' dibida pada harga RM 15,800, 'EV 805' pada RM 4,001, dan 'EV 1337' pada RM 995. Semua nombor ini perlu didaftarkan dalam tempoh setahun dan hanya untuk kenderaan elektrik sepenuhnya.


Bidaan berlangsung menerusi sistem dalam talian JPJeBID dari 9-13 September di mana bakal pembeli EV boleh membida nombor yang mereka inginkan.

Di dalam proses bidaan JPJeBID, terdapat banyak nombor-nombor popular yang biasanya bersaing sengit, seperti nombor satu digit dengan bidaan bermula RM20,000, atau nombor premium dua digit yang perlu dibida bermula RM5,000.

Untuk nombor ‘8055’, ia merupakan nombor yang popular kerana bentuknya boleh disamakan dengan ‘BOSS’, justeru menarik minat ramai dan bidaan untuk nombor ini adalah bermula RM500.

Malah nombor ’805’ yang juga membawa bentuk huruf ‘BOS’ tergolong dalam jenis nombor popular dan bidaan untuknya turut bermula pada harga RM500.

Selepas bidaan tamat, sistem JPJeBID turut menyenaraikan carian pemenang supaya anda mengetahui nilai yang sanggup dibayar untuk sesuatu nombor.

Nombor plat EV 8055 telah berjaya dibida pada harga  RM15,800 manakala nombor plat EV 805 telah berjaya dibida pada harga RM4,001.

Satu lagi nombor yang mungkin popular dikalangan penggemar teknologi adalah 1337 yang membawa maksud ‘leet’, iaitu kependekan perkataan ‘Elite’ yang bermaksud elit.

Nombor plat EV 8055 telah berjaya dibida pada harga  RM15,800 manakala nombor plat EV 805 telah berjaya dibida pada harga RM4,001.

Nombor 1337 berjaya dibida pada harga RM995 walaupun ia hanya sekadar nombor semasa, dengan bidaan bermula RM350.

Nombor-nombor yang berjaya dibida ini perlu didaftarkan dalam tempoh setahun dan untuk nombor plat kereta elektrik akan datang, akan menggunakan siri berturutan EV _ A, EV _ B dan seterusnya.

Kesemua nombor yang berjaya dibida tidak akan boleh didaftarkan kepada kenderaan selain elektrik sepenuhnya, dan juga tidak dibenarkan untuk didaftarkan kepada kenderaan hibrid.

Malah kumpulan nombor plat EV ini juga akan mula menggunakan Plat Pendaftaran Elektronik JPJePlate sebaik sahaja ia didaftarkan kepada kereta elektrik baharu untuk digunakan di jalanraya. -Amanz