Nissan Motor mengesahkan pada Khamis bahawa pihaknya sedang berbincang tentang perkongsian modal dengan Mitsubishi Motors, dengan bayangan bahawa rundingan itu bakal menghasilkan kumpulan automotif mega.
Perjanjian itu, jika dipersetujui, akan membentuk sebuah firma yang mampu memberikan saingan kepada syarikat global gergasi seperti Toyota dan Volkswagen dari segi jumlah jualan, lapor media Jepun.
“Nissan dan Mitsubishi sedang membincangkan pelbagai perkara termasuk kerjasama modal, namun belum ada keputusan,” ujar Nissan dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan berasingan, Mitsubishi Motors juga berkata pihaknya akan membincangkan isu itu dalam mesyuarat lembaga pengarahnya pada Khamis.
Pengumuman itu bertitik tolak daripada kepentingan pembelian dalam saham Mitsubishi di Bursa Saham Tokyo, di mana perdagangan awal hendak bermula berikutan tempahan pembelian yang memberangsangkan.
Semuanya bermula apabila media tempatan melaporkan bahawa dua syarikat itu dalam fasa rundingan terakhir kerjasama, iaitu bagi Nissan membeli 34 peratus pegangan saham Mitsubishi.
Perjanjian yang dilaporkan bernilai AS$1.8 bilion (RM7.25 bilion) itu akan meletakkan Mitsubishi di bawah kawalan Nissan kerana hanya memiliki 20 peratus kepentingan saham, lapor berita NHK.
Jualan global gabungan antara Renault-Nissan dan Mitsubishi Motors membentuk lebih 9.5 juta unit, berbanding jualan tahunan 10.15 juta unit oleh Toyota dan 9.9 juta unit oleh Volkswagen, lapor NHK.
Agensi
Thu May 12 2016

Pengumuman itu bertitik tolak daripada kepentingan pembelian dalam saham Mitsubishi di Bursa Saham Tokyo.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.

Anak syarikat PNB selesai pembelian Mydin Mall Seremban 2 pada harga RM240 juta
PHNB, pengurus REIT Amanah Harta Tanah PNB (AHP) yang tersenarai di Bursa Malaysia, berkata pembelian itu dibiayai menerusi gabungan pembiayaan dan terbitan hak unit baharu AHP.

Industri ICT kekal berdaya tahan walaupun ekonomi dunia lemah - PIKOM
Kejayaan ini dicapai walaupun wujud faktor yang boleh mengekang prestasi seperti pelaksanaan GST serta penyusutan ringgit.

100,000 peserta dijangka terlibat program e-Usahawan, e-Rezeki tahun ini
Program perintis e-Usahawan pada 2015 membabitkan 147 pusat pendidikan latihan teknik dan vokasional (TVET) di seluruh negara.

Nissan sahkan rundingan perkongsian modal dengan Mitsubishi
Perjanjian itu, jika dipersetujui, akan membentuk sebuah firma yang mampu memberikan saingan kepada syarikat global gergasi seperti Toyota dan Volkswagen.