Satu fosil gajah purba ditemui oleh seorang nelayan di sebuah tasik di semenanjung Yamal, Rusia.

Ahli paleontologi Rusia ketika ini sedang berusaha menggali fosil gajah Mammoth itu.

“Saya menarik kepalanya sepanjang hari dari pagi hingga petang. Kemudian saya mula mencucuk (di tanah) dengan tongkat dan saya melihat lebih banyak tulang haiwan itu,” demikian menurut nelayan tempatan, Konstantin Tadibe.

Kumpulan saintis tempatan sedang mengeluarkan sisa tulang haiwan itu dari tasik Peche-Valavato.

Walaupun masih dalam proses penggalian, mereka berkata bahawa fosil yang ditemui unik kerana rangka itu mempunyai hampir semua serpihan.

Kali terakhir fosil gajah purba yang baik ditemui adalah di kawasan artik pada tahun 1988 dan 2007.

Fosil yang masing-masing diberi nama Masha dan lyuba itu kini dipamerkan di muzium ST Petersburg dan Salekhard.