Sebuah negeri di bahagian barat India menetapkan peraturan supaya murid-murid sekolah tidak boleh membawa beg yang beratnya lebih daripada 10 peratus berat badan mereka.
Peraturan itu dibuat dengan alasan untuk mencegah kanak-kanak sekolah tersebut mengalami kecederaan.
Menurut mereka yang membentang dan menguatkuasakan peraturan itu di negeri Maharashtra, beg sekolah yang terlalu berat dikhuatiri membuatkan kanak-kanak mudah terasa penat selain boleh menjejaskan pertumbuhan tulang mereka.
Sementara itu, para guru diminta untuk menimbang beg sekolah yang dibawa anak murid mereka.
Bagi murid darjah satu, mereka tidak dibenarkan membawa beg yang beratnya melebihi 2.5 kilogram (kg), manakala bagi murid yang berusia 12 tahun, mereka hanya boleh membawa beg sekolah yang tidak melebihi 4.2kg.
“Kami pernah menemui beg seberat 20 hingga 30 peratus daripada berat tubuh kanak-kanak itu kerana mereka membawa buku tulis, buku teks, alat tulis yang berlebihan dan juga kosmetik.
“Ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan masalah pada tulang belakang dan sendi,” kata Setiausaha Pendidikan Negeri Nand Kumar yang terlibat dalam pembentukan peraturan tersebut.
Bagaimanapun pihaknya tidak menentukan hukuman yang dikenakan sekiranya peraturan itu dilanggar.
Murid-murid sekolah di India berdepan dengan tekanan untuk meraih yang terbaik dalam pelajaran. Hal itu membuatkan mereka membawa material pembelajaran tambahan ke sekolah.
Selain ibu bapa diminta memeriksa kandungan beg sekolah anak-anak masing-masing, guru-guru juga diminta untuk menyusun kerja sekolah dan jadual belajar dengan bijak supaya murid-murid tidak perlu membawa banyak buku ke sekolah.
AFP
Mon Jul 27 2015

Murid sekolah di India sering membawa beg yang berat kerana diisi dengan pelbagai buku dan alat tulis yang berlebihan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.

Beg sekolah berat berisiko ubah postur badan pelajar - Pakar
Beg sekolah sepatutnya tidak lebih 10-15% daripada berat pelajar itu dan kerana ia boleh sebabkan ketidakseimbangan kepada otot dan postur.

Kerana tidak mampu belikan anaknya beg sekolah, seorang bapa anyam beg guna tali rafia
Seorang lelaki di Kemboja menganyam tali rafia untuk menjadi beg sekolah anaknya kerana tidak mampu membeli beg sekolah.

ADUN Jeram buat hal lagi!
Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung itu mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram.

Dah terlalu mengantuk, murid galas kerusi ingat beg sekolah
Sebuah video tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu yang memaparkan gelagat lucu seorang kanak-kanak sekolah yang mengalas kerusi, bukan beg sekolah.

Hanya 28 peratus daripada beg berat adalah buku, selebihnya... - Maszlee Malik
Hanya 28 peratus daripada beg berat pelajar sekolah rendah mengandungi buku teks dan buku aktiviti manakala 72 peratus lagi terdiri daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan lain-lain.

"Masalah beg sekolah berat memerlukan masa untuk selesaikan" - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata akan sampai satu peringkat di mana bahan pelajaran akan dimuat naik ke alam maya.

Beg murid sekolah memang berat, maka apa langkah seterusnya?
Laporan akhir Kajian Penilaian Beg Berat Murid Sekolah mengakui bahawa beg sekolah yang dibawa oleh murid ternyata berat.

38 tahun Koh 'ubati' segala jenis 'penyakit' beg
Khidmat seorang warga emas, Koh Sin Hock, 68, atau mesra dengan gelaran 'doktor beg' jadi penyelamat kepada mereka yang menghargai barangan sedia ada dan mahu berjimat.

Astro Kasih hulur bantuan kepada mangsa banjir Sarawak
Projek tanggungjawab sosial Astro Kasih di Serian kali ini melibatkan pemberian bantuan beg sekolah kepada pelajar di beberapa sekolah yang terjejas akibat banjir.