Pelbagai pihak telah tampil menghulurkan bantuan selepas bandar Kuching dan beberapa kawasan lain di Sarawak dilanda banjir bulan lalu.
Bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat, Astro Kasih telah mengerakkan serta menyumbang pelbagai bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di Sarawak.
Menurut Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Michael Yap, Astro Kasih telah bekerjasama dengan beberapa pihak untuk menganjurkan projek tanggungjawab sosial Astro Kasih Sarawak bagi mengumpul keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.
"Kita adakan projek ini sebab banjir telah berlaku dua minggu lepas. Kita berserta Astro Kasih, Radio Era, Hitz.Fm dan My.Fm di Kuching bersama-sama dengan Everise Supermarket telah membuat kutipan untuk barang-barang keperluan," katanya.
Beliau berkata, projek tanggungjawab sosial Astro Kasih di Serian kali ini memberi bantuan beg sekolah kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan St Teresa Serian, SK Pangkalan Sorah, SK Henry Slabi, SK Pridan, SK Mapu, SK Tebekang, SK Setian dan SK Daha, yang mana hampir keseluruhan beg sekolah pelajar rosak akibat banjir.
"Petang ini, kita menyumbangkan 1,500 beg untuk lapan sekolah di kawasan Serian yang dilanda banjir baru-baru ini. Harap dengan pembukaan sekolah minggu depan pelajar dapat menyambung persekolahan dengan membawa buku dalam beg yang disediakan," katanya.
David berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan beg sekolah kepada pelajar dalam Projek Tanggungjawab Sosial Astro Kasih di Serian, Sarawak petang Sabtu.
Majlis itu disempurnakan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Sementara itu, projek di Serian merupakan projek Astro Kasih pertama membabitkan misi bantuan banjir sebelum bergerak ke kawasan Satok pada Isnin.
Dalam pada itu, Richard menyambut baik usaha Astro Kasih membantu mangsa banjir di Sarawak.
Beliau berharap agar usaha berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang.
Menurutnya, usaha murni Astro Kasih ini memberi makna yang besar kepada penerima bantuan, terutama para pelajar.
"(Saya) ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Kasih di atas usaha inisiatif murni yang saya percaya akan membawa banyak makna kepada mereka.
"Saya percaya bila mereka balik ke kampung, bila mereka balik ke sekolah, setiap kali pergi sekolah dan balik sekolah mereka mengunakan beg, mereka akan ingat ini adalah sumbangan Astro," katanya.
Richard percaya lebih ramai lagi syarikat koporat akan tampil mencontohi usaha Astro yang telah banyak melakukan pelbagai program tanggungjawab sosial.
"Tahniah kepada Astro. Saya harap lebih banyak syarikat lain yang belum mengadakan program khidmat masyarakatnya untuk mengadakannya, khususnya di kawasan saya di Serian," katanya.
Astro Awani
Sun Mar 13 2016

Datuk David Michael Yap (kiri) bersama Datuk Seri Richard Riot Jaem ketika menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada pelajar sekolah terjejas dalam Projek Tanggungjawab Sosial Astro Kasih pada Sabtu. -Foto Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.

Astro Kem Badminton diserbu lebih 650 peserta dalam pusingan terakhir pemilihan
Lebih 650 peserta hadir dalam pusingan terakhir program pembangunan akar umbi untuk bintang badminton muda dalam pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) di ibu negara pada Sabtu.

Astro Kasih agih 1,000 bungkus bubur lambuk untuk komuniti Taman Medan
Inisiatif ini turut disertai oleh barisan selebriti tempatan termasuk duta kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.

Juh sertai Kem Badminton Astro di Kuching ujong Julai tok
Selepas empat siri jelajah di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah, penganjuran edisi penutup Kem Badminton Astro 2022 akan melabuhkan tirainya di Kuching pada 30 hingga 31 Julai ini.

Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa
Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur menerima sambutan menggalakkan selepas menerima penyertaan 440 peserta.

Semangat Lebaran Kita: Artis Astro meriahkan Ramadan bersama penduduk PPR Desa Tun Razak
Astro Kasih ESG telah menyediakan keperluan asas seperti beras, gula, bihun, biskut, minuman berkhasiat dan kurma untuk setiap keluarga di komuniti tersebut.

Astro Kasih sumbang 60 troli pendidikan kepada pesakit wad pediatrik
Astro Kasih tampil dengan menyumbangkan 60 troli pendidikan kepada wad pediatrik di seluruh negara.

Astro Kasih sumbang keperluan asas kepada 100 keluarga kampung Malinsau, Ranau
Kesukaran kira-kira 100 keluarga dan ketua isi rumah dari Sekolah Kebangsaan Malinsau, Ranau untuk mendapat keperluan asas sepanjang tempoh PKP dapat perhatian Astro Kasih.

Alumni Astro Kem Badminton menyinar di Jerman
Jacky Kok Jing Hong dan gandingan Wan Arif Junaidi-Muhammad Haikal Nazri raih emas dalam kategori perseorangan lelaki dan regu lelaki di kejohanan Terbuka Junior Jerman YONEX.

Kem Badminton Astro mampu lahirkan pemain bertaraf dunia - Chong Wei
Penganjuran KBA adalah untuk meningkatkan kemahiran pemain muda berumur 10 hingga 12 tahun, melalui program latihan profesional.