AMERIKA Syarikat (AS) menjadi negara terbaru menggantung semua penerbangan menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8 di ruang udara mereka pada Rabu, menyertai senarai panjang negara lain yang telah mengambil langkah sama terdahulu.

Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga telah menggantung semua penerbangan keluar masuk menggunakan Boeing 737 MAX 8 dari negara ini.

Keputusan itu susulan tragedi yang menimpa pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi pada Ahad yang mengorbankan kesemua 157 penumpang dan anak kapalnya.

BACA: Boeing gantung semua penerbangan pesawat 737 MAX

Ia juga merupakan tragedi kedua yang melibatkan pesawat jenis Boeing 737 MAX di mana pesawat syarikat penerbangan tambah murah Lion Air terhempas Oktober lalu mengorbankan kesemua 189 penumpang dan kru.

Berikut adalah senarai negara dan syarikat penerbangan yang telah menggantung perkhidmatan pesawat Boeing 737 MAX 8:
  1. Argentina
  2. Australia
  3. Austria
  4. Belgium
  5. Brazil (Syarikat GOL Linhas AĆ©reas)
  6. Kanada
  7. Cayman Islands
  8. China
  9. Ethiopia
  10. Negara Eropah bawah Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA)
  11. Perancis
  12. Jerman
  13. Iceland
  14. India
  15. Indonesia
  16. Ireland
  17. Itali
  18. Malaysia
  19. Mexico (Syarikat Aeromexico)
  20. Mongolia (Syarikat MIAT Mongolian Airlines)
  21. Maghribi (Syarikat Royal Air Maroc)
  22. Belanda
  23. Norway (Syarikat Norwegian)
  24. Oman
  25. Poland
  26. Singapura
  27. Afrika Selatan (Syarikat Comair)
  28. Korea Selatan (Syarikat Eastar Jet)
  29. Turki
  30. United Kingdom
  31. Amerika Syarikat