Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembukaan Pusat Sains Razak di Malvern College, di sini, Isnin, satu penghormatan bukan sahaja kepada beliau dan keluarganya, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Ia satu penghormatan bukan sahaja kepada saya dan keluarga saya tetapi juga kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri dalam ucapannya sebelum bersama-sama adiknya Datuk Johari merasmikan pusat tersebut di kolej berkenaan, di Worcestershire, kira-kira 220km dari London.
Najib melanjutkan pelajaran peringkat menengah di kolej tersebut dari 1968 hingga 1971, sebelum Johari turut belajar di situ kemudian.
Berkongsi nostalgia dengan media Malaysia, Najib berkata beliau melanjutkan pelajaran di kolej berkenaan pada usia 14 tahun dan itu merupakan kali pertama beliau ke luar negara.
"Saya seorang budak pemalu dan tidak pernah meninggalkan Malaysia sebelum itu. Saya benar-benar tidak tahu apa yang boleh dijangkakan," katanya.
Najib berkata antara sebab mengapa bapanya Tun Razak Hussein, menghantar beliau ke kolej berkenaan kerana Allahyarham bapanya tidak mahu dia dimanjakan kerana beliau (Najib) mungkin dilayan berbeza jika belajar di Malaysia.
"Bapa saya mahu saya berdikari dan membina perwatakan saya," kata Najib sambil menambah bahawa bapanya mahu dia dilayan seperti mana pelajar biasa di kolej tersebut.
Perdana menteri berkata beliau dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di kolej tersebut walaupun pada peringkat awal, ia bagaikan satu kejutan baginya.
"Belajar dalam budaya dan persekitaran yang berbeza telah mengajar saya untuk bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan.
"Saya berasa selesa apabila bercakap dengan Obama (Presiden Amerika Syarikat Barack Obama), Cameron (Perdana Menteri Britain David Cameron) dan Xi Jinping (Presiden China)," katanya.
Bernama
Mon Jan 26 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Malvern College dari 1968 hingga 1971. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Najib rasmi Pusat Sains Razak di Malvern College
Pembukaan Pusat Sains Razak di Malvern College satu penghormatan bukan sahaja kepada beliau dan keluarganya, malah kepada seluruh Malaysia.

Najib tiba di London untuk lawatan kerja
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isterinya mendarat di Lapangan Terbang Luton pada 3.15 pagi waktu tempatan.

Perdana Menteri akan rasmi Pusat Sains Razak di kolej lamanya
Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengimbau kembali kenangan masa lalu apabila mengunjungi kolej lamanya Malvern College di Worcestershire untuk merasmikan Pusat Sains Razak pada Isnin.