Naib presiden Mesir, Mohamed ElBaradei mengumumkan perletakan jawatannya pada Rabu.

Perletakan jawatan itu dibuat ekoran keganasan yang tercetus di negara itu berikutan tindakan keras ke atas penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi.

Mesir mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula pukul dua petang GMT (10 malam waktu Malaysia).