Ethiopian Airlines mengesahkan kesemua 149 penumpang bersama lapan kru di dalam pesawat miliknya yang terhempas pagi Ahad terkorban.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan media memaklumkan mangsa terdiri daripada 33 warganegara berbeza.
Punca pesawat itu terhempas masih belum dikenal pasti dan sedang disiasat.
Pesawat Ethiopian Airlines ET302 itu dilaporkan terhempas selepas enam minit ia berlepas dari Addis Ababa pada jam 8.44 pagi waktu tempatan ke Nairobi, Kenya pada Ahad.
BACA: Pesawat penumpang terhempas, 157 dikhuatiri terkorban
Menurut laporan BBC, seorang saksi di tempat kejadian mendakwa ternampak kebakaran berlaku pada pesawat itu sebelum ia terhempas.
"Ada letupan dan api yang sangat kuat sehingga kami tidak dapat mendekatinya.
"Semuanya terbakar dan empat helikopter ada di tempat kejadian sekarang," kata saksi berkenaan.
Susulan nahas, Pejabat Perdana Menteri Etiopia pada Ahad mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan kru.
“Pejabat Perdana Menteri, bagi pihak kerajaan dan rakyat Etiopia, melahirkan rasa duka cita kepada keluarga yang kehilangan tersayang dalam nahas Ethiopian Airlines Boeing 737 yang dalam penerbangan ke Nairobi, Kenya pagi ini.”
Menurut portal Flightradar24, pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta jam 10.25 pagi waktu tempatan.
Pesawat Boeing 737 MAX 8 itu didakwa baru digunakan sekitar empat bulan lalu.
Dalam kenyataan awal, syarikat penerbangan itu berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan berhampiran lokasi kemalangan di sekitar bandar Bishoftu, yang terletak 60km di tenggara ibu negara.
"Kakitangan Ethiopian Airlines akan dihantar ke tempat kejadian dan akan melakukan segala yang mungkin untuk membantu perkhidmatan kecemasan," menurut kenyataan itu.
Afiq Ariffin
Sun Mar 10 2019

Kesemua 149 penumpang bersama lapan kru di dalam pesawat milik Ethiopian Airlines maut setelah ia membuat penerbangan pada jam 8.44 pagi waktu tempatan ke Nairobi, Kenya pada Ahad. -gambar REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

"Kamu sepatutnya bersyukur" - Pegawai keselamatan lapangan terbang
Pada awalnya saya amat marah kerana tiada sesiapa yang membantu saya untuk tiba di pintu berlepas tepat pada waktunya.

Nahas Ethiopian Airlines: 149 penumpang, 8 kru pesawat disahkan terkorban
Pesawat Ethiopian Airlines ET302 itu dilaporkan terhempas selepas enam minit ia berlepas dari Addis Ababa.