Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa Ukraine menyerang Moscow menggunakan tiga dron, dua daripadanya ditembak jatuh, manakala dron ketiga berjaya disekat oleh sistem peperangan elektronik sebelum jatuh di atas bangunan pusat perniagaan Moscow, lapor Sputnik.
"Semalam, percubaan serangan pengganas oleh Kyiv menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) terhadap kemudahan di bandar Moscow dan wilayah Moscow telah digagalkan. Dua UAV Ukraine telah dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara di Odintsovo dan Daerah Naro-Fominsk di wilayah Moscow.
"Satu lagi dron telah disekat dengan peranti elektronik tentera lalu merempuh kompleks bangunan bukan kediaman di Moscow," menurut kementerian itu.
Sementara itu, Datuk Bandar Moscow Sergey Sobyanin berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Terdahulu pada Selasa, Sobyanin berkata beberapa dron dipercayai menuju ke ibu negara Rusia, berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara, tetapi satu daripadanya telah melanggar menara di Moscow, dan merosakkan tingkat 21.
"Tingkap di kawasan seluas 150 meter persegi telah pecah. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai kematian," menurut datuk bandarnya menerusi hantaran di Telegram.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Sebuah dron telah berjaya disekat dengan peranti elektronik tentera Rusia sebelum merempuh kompleks bangunan bukan kediaman di Moscow.- Foto REUTERS
Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air
Korea Selatan AS memulakan analisis perakam data penerbangan pesawat Jeju Air, manakala pasukan penyiasat bersama kedua-dua negara mempercepatkan siasatan terhadap komponen utama.
30,000 penduduk Los Angeles dipindahkan
Sebanyak 30,000 penduduk di kawasan mewah Los Angeles dipindahkan susulan kebakaran hutan yang semakin marak melanda bandar itu.
Chatgpt digunakan dalam letupan Tesla Cybertruck - Polis
Sherif Kevin McMahill dalam satu sidang media berkata, suspek, Matthew Livelsberger, 37, dari Colorado menggunakan chatbot kecerdasan buatan generatif itu untuk mengumpul maklumat bagi rancangannya.
Buruan paling dikehendaki di Chile ditahan
Buruan paling dikehendaki di Chile ditahan oleh pihak berkuasa Bolivia pada Isnin.
Batu Puteh: RCI adalah hal dalaman Malaysia - Menteri Luar Singapura
Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura mengenai Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (MSJTC), kekal menjadi platform penting untuk kedua-dua negara membincangkan isu berlarutan secara konstruktif.
Jasad Jimmy Carter tiba di Washington
Jasad bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter, tiba di Washington pada Selasa.
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
Isu dakwaan buli RMC sedang ditangani pihak berkuasa - OPA
Setiausaha Persatuan Bekas Putera (OPA), Khairul Ridzwan Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah terlibat secara aktif dengan Komandan Maktab Tentera Diraja (Komandan MTD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak berkepentingan bagi memahami sepenuhnya situasi tersebut.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena semalam.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
GPM Malaysia kutuk serangan Israel, zahirkan solidariti kepada pasukan Malbatt
Serangan itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan anggota pasukan pengaman malah mengancam kestabilan serta keamanan di rantau tersebut.
Israel dakwa berjaya pintas lima dron dari Lubnan
Tentera Israel mendakwa mereka berjaya memintas lima dron memasuki Israel dari Lubnan pada Sabtu selepas siren berbunyi di utara dan timur Israel.
Tiga termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan dron Rusia
Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di bandar Sumy, timur laut Ukraine dalam serangan dron Rusia semalaman.
Lebih 60 orang cedera dalam serangan dron di utara Israel
Pasukan pejuang Hezbollah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang dikatakan menyasarkan kem latihan Briged Golani, Angkatan Pertahanan Israel.
Penerbangan di Lapangan Terbang Moscow ditangguhkan susulan serangan dron
Beberapa penerbangan di tiga lapangan terbang utama Moscow ditangguhkan selepas serangan dron di wilayah Moscow pada Selasa, lapor agensi berita TASS.
Rusia lapor serangan dron Ukraine ke atas kilang penapisan, loji jana kuasa
Serangan dron Ukraine secara besar-besaran mengenai sasaran sebuah kilang penapisan di Moscow dan dua loji jana kuasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Moscow alami serangan dron besar-besaran - Kementerian Pertahanan Rusia
Sebanyak 11 dron ditembak jatuh di wilayah Moscow, menjadikannya antara serangan dron terbesar yang pernah berlaku di Moscow.
IAEA beri amaran risiko keselamatan di Loji Nuklear Zaporizhzhia, Ukraine
Situasi keselamatan nuklear di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di selatan Ukraine semakin merosot selepas serangan dron di sekitar perimeter kemudahan berkenaan.