"Pada waktu pagi, musuh menyerang bangunan kediaman bertingkat dan infrastruktur kritikal," tulis pentadbiran itu di Telegram, sambil menyatakan bahawa ia sedang menilai kerosakan.
Sebanyak 25 dron tempur Rusia dilaporkan telah ditembak jatuh.
Ukraine telah mempertahankan dirinya daripada pencerobohan berskala penuh Rusia selama lebih dua setengah tahun.
Wilayah Sumy semakin menjadi sasaran serangan udara Rusia sejak kemaraan Ukraine ke wilayah Kursk, Rusia yang bersebelahan pada Ogos.
-- BERNAMA