Sekurang-kurangnya 32 penerbangan domestik dibatalkan susulan insiden seorang penumpang yang didakwa membuat gangguan terhadap penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang dalam penerbangan dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur pada Isnin.
Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan domestik turut berdepan kelewatan sehingga 90 minit akibat insiden tersebut.
"Akibat kejadian petang tadi, terdapat 32 penerbangan domestik dibatalkan dengan 16 penerbangan masuk dan 16 lagi penerbangan keluar.
BACA: Pesawat MH122 terpaksa berpatah balik akibat 'gangguan' penumpang
"(Bagaimanapun), tiada penerbangan antarabangsa yang dibatalkan," katanya memetik laporan media antarabangsa.
Terdahulu, Polis Persekutuan Australia (AFP) memaklumkan seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan tanpa sebarang pergelutan dan dijangka didakwa lewat malam ini kerana membuat gangguan.
Jelas AFP, semua penumpang telah dipindahkan dari pesawat berkenaan dan insiden tidak mencetuskan sebarang ancaman terhadap masyarakat.
Penerbangan itu meninggalkan Sydney pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan mendarat semula di landasan pada pukul 3.47 petang.
Penerbangan MH122 membawa 194 penumpang dan lima kru.
Agensi
Mon Aug 14 2023

Penerbangan MH122 membawa 194 penumpang dan lima kru - Gambar/Twitter Muhammad Zubair
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Damsyik kembali beroperasi Selasa ini
Operasi di lapangan terbang itu digantung bulan lepas selepas kemudahan penerbangan itu dirosakkan susulan penggulingan Presiden Al-Assad.

Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.

LTSIP sedia terima penerbangan antarabangsa
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Kamaruzzaman Razali berkata, kesediaan itu berdasarkan kepada kemudahan terminal baharu fasa 1 yang sudah beroperasi bermula pada Rabu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.

Tourism Malaysia sasar tingkatkan penerbangan antarabangsa di Routes Asia 2024
Penting untuk memanfaatkan program geran sepadan untuk syarikat penerbangan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai lokasi mudah didatangi.

Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.

Tingkat penerbangan antarabangsa capai hab serantau umrah
Penerbangan langsung antarabangsa ke KLIA perlu ditingkatkan terutamanya melibatkan bandar-bandar utama dari China dan Australia.

2.3 bilion mata aplikasi airasia MOVE ditebus ahli pada 2023
Nadia berkata, 2.3 bilion mata yang ditebus bersamaan dengan 175,000 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Krabi semasa promosi panggilan akhir.

MH122 berpatah balik: 32 penerbangan domestik batal
Penerbangan MH122 membawa 194 penumpang dan lima kru.

Lapangan terbang Malaysia catat 6.7 juta pergerakan penumpang pada Mac 2023 - MAHB
Kenaikan jumlah pergerakan penumpang didorong oleh penyambungan semula pelbagai laluan penerbangan susulan permintaan yang meningkat.