RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud mempengerusikan mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab di sini pada Sabtu yang membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Mesyuarat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Jordan yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ekspatriat Ayman Al-Safadi; Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry; Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh; Penasihat Diplomatik kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar bin Mohammed Gargash dan Menteri Luar Qatar, Dr. Mohammed bin Abdulaziz Al-Khulaifi.
Agensi berita Saudi (SPA) melaporkan menteri berkenaan menekankan keperluan menamatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza dan mencapai satu gencatan senjata yang komprehensif dengan segera serta memastikan perlindungan kepada orang awam menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Mereka juga menggesa supaya segala sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke semenanjung itu ditarik balik.
Tambahan pula mereka menzahirkan sokongan mereka ke atas segala usaha yang menyasarkan untuk mengiktiraf negara Palestin yang merdeka di peringkat antarabangsa selain mencapai aspirasi rakyat Palestin.
Mereka juga menekankan kepentingan langkah yang tidak boleh ditarik balik ke arah melaksanakan penyelesaian dua negara dan mengiktiraf negara Palestin dengan sempadan pada 4 Jun 1967 serta ibu negaranya Baitulmuqaddis Timur , menurut resolusi antarabangsa yang berkenaan.
Menteri-menteri berkenaan juga menekankan Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada wilayah Palestin yang diduduki dan dengan tegas menolak sebarang percubaan untuk mengusir warga Palestin daripada tanah mereka atau sebarang operasi ketenteraan dalam Bandar Rafah, Palestin.
Mereka juga memberi amaran terhadap tindakan berterusan menyalahi undang-undang oleh Israel di wilayah diduduki di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur yang menggugat usaha penyelesaian dua negara.
Tindakan berkenaan termasuk meluaskan penempatan, merampas tanah, operasi ketenteraan terhadap warga Palestin, serangan peneroka dan mengehadkan kebebasan orang Islam dan Kristian untuk beribadat, kata mereka. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Mereka juga memberi amaran terhadap tindakan berterusan menyalahi undang-undang oleh Israel di wilayah diduduki di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur yang menggugat usaha penyelesaian dua negara. - Gambar fail/REUTERS
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.