Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2013 bermula pada Jumaat dengan penuh gilang gemilang dalam upacara perasmian yang berlangsung di Teater Nelum Pokuna Mahinda Rajapaksa dengan dihadiri pemimpin negara Komanwel dan orang kenamaan.
Putera Charles dari Britain merasmikan sidang kemuncak itu, yang dihadiri pemimpin negara Komanwel termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Perdana Menteri Australia Tony Abbot.
"Beta dengan rasa sukacita mengisytiharkan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel dirasmikan," titah Prince of Wales itu, yang mewakili Ratu Elizabeth, ketua Komanwel.
Ratu Elizabeth, 87, tidak dapat hadir pada sidang kemuncak CHOGM tahun ini berikutan Istana Buckingham sedang menyemak semula lawatan jarak jauh baginda. Baginda tidak pernah terlepas daripada menghadiri CHOGM sejak sidang kemuncak pada 1973.
Selepas upacara perasmian itu, Putera Charles dan ketua-ketua kerajaan bergambar sebelum beredar untuk menghadiri sesi eksekutif di Bandaranaike Memorial International Conference Hall (BMICH).
Putera Charles dan Duchess of Cornwall tiba di Colombo pada Khamis tatkala baginda menyambut ulang tahun ke-65. Pesuruhjaya Tinggi British di Colombo dilaporkan mengadakan majlis sambutan harijadi untuk baginda.
Upacara perasmian sidang kemuncak Komanwel berlangsung dengan kawalan keselamatan ketat dengan anggota keselamatan berada di merata-rata tempat di ibu negara Sri Lanka ini.
Kesesakan trafik yang teruk dilaporkan di bandar raya ini berikutan kebanyakan jalan menuju ke venue-venue persidangan ditutup kepada trafik.
Penganjuran CHOGM di Sri Lanka telah menjadi tumpuan berikutan rekod negara itu dalam soal hak asasi manusia, termasuk dakwaan mencabulinya semasa operasi ketenteraan di utara negara itu pada 2009.
Beberapa pemimpin Komanwel tidak menghadiri CHOGM di Sri Lanka termasuk Perdana Menteri Kanada Stephen Harper dan Perdana Menteri India Manmohan Singh.
Dalam ucapannya pada upacara perasmian itu, Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa berkata menjadi tuan rumah kepada mesyuarat itu merupakan upacara bersejarah bagi negaranya.
"Kami di Sri Lanka kini melangkah ke era baharu keamanan, kestabilan dan peluang-peluang ekonomi diperbaharui yang telah sekian lama dinafikan ke atas i rakyat kami, akibat keganasan yang berlaku hampir tiga dekad.
"Dalam menamatkan keganasan pada 2009, kami mendukung hak asasi manusia, hak untuk hidup," katanya dan menurutnya tidak berlaku satu pun kejadian berkaitan keganasan di mana-mana tempat di Sri Lanka dalam tempoh empat tahun lepas.
CHOGM ialah persidangan antarabangsa penting yang pertama diadakan di Sri Lanka sejak sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 1976.
Rajapaksa berkata sekiraya Komanwel kekal relevan kepada negara anggotanya, pertubuhan itu perlu respons secara sensitif terhadap keperluan penduduknya dan "tidak membiarkan ia bertukar menjadi badan bersifat punitif atau menghukum".
"Kekuatan pertubuhan ini bergantung kepada penyatuan negara anggota, saling membantu satu sama lain dalam semangat kerjasama dan menjadikan Komanwel benar-benar unik," katanya.
Bernama
Fri Nov 15 2013

10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

CMAG: Malaysia dipilih sambung keahlian bagi penggal ketiga, bukti perjuang nilai tadbir baik
Malaysia dipilih untuk menyambung keahliannya dalam Kumpulan Tindakan Menteri-Menteri Komanwel (CMAG) bagi penggal ketiga, berturut-turut, untuk tempoh 2024-2026.

Mohamad wakili Malaysia dalam mesyuarat CHOGM Ke-27 di Samoa
Menteri Luar akan mewakili Perdana Menteri ke Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel Ke-27 (CHOGM 2024) dari 24 hingga 26 Okt 2024 di Apia, Samoa.

Malaysia alu-alukan penganjuran CHOGM ke-27 pada Okt, sahkan komitmen - Wisma Putra
Kementerian Luar pada Isnin (11 Mac), berkata bahawa Malaysia akan membaharui komitmennya kepada Komanwel pada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-27 di Apia, Samoa, Oktober ini.

Malaysia komited jalin kerjasama dengan Negara Ahli Komanwel
Ini termasuk tadbir urus yang baik, diplomasi kesihatan, pencegahan ekstremisme dan keganasan, pembangunan lestari dan pemerkasaan wanita.

Saifuddin hadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel Ke-26 di Rwanda
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang akan diadakan di Kigali, Rwanda dari 21 hingga 25 Jun.

Malaysia komited perkukuh kerjasama dengan negara Komanwel lain - Wisma Putra
Malaysia menyertai 53 negara Komanwel lain untuk meraikan ikatan bersama dan sumbangan Negara-Negara Komanwel ke arah mewujudkan persekitaran global yang harmoni.

Malaysia putuskan tidak hos CHOGM 2020 - Anifah
Malaysia telah memutuskan untuk tidak menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel 2020.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka diberi tugasan baharu
Wan Zaidi akan mengendalikan satu tugasan penting berkaitan Malaysia, mempengerusikan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang dijadualkan pada April 2020.

Bajet 2018: Tahun 2020 diumum Tahun Melawat Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tahun 2022 sebagai Tahun Melawat Malaysia dalam pembentangan Bajet 2018.

Malaysia dilantik tuan rumah CHOGM ke-26 pada 2020
Pelantikan itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan penting Malaysia sebagai anggota negara Komanwel sejak 50 tahun lalu.