JAKARTA: Indonesia bersedia untuk menutup platform media sosial X jika ia tidak mematuhi peraturan yang menghalang kandungan lucah, kata menteri komunikasi negara itu pada Jumaat.
Indonesia, negara majoriti Muslim terbesar di dunia, mempunyai peraturan ketat yang melarang perkongsian dalam talian kandungan yang dianggap lucah.
Menterinya, Budi Arie Setiadi memberitahu Reuters, beliau telah menghantar surat amaran kepada X berkaitan perkara ini.
"Kami pasti akan menutup perkhidmatannya," katanya sambil merujuk pada undang-undang maklumat dan transaksi elektronik (ITE) Indonesia yang boleh membawa hukuman penjara enam tahun jika seseorang menyebarkan kandungan lucah.
Kenyataan itu dibuat beliau selepas platform media sosial itu baru-baru ini mengemas kini dasarnya untuk membenarkan kandungan dewasa yang dihasilkan secara persetujuan.
X, yang dimiliki oleh jutawan Elon Musk, bagaimanapun, tidak menjawab surat amaran Indonesia, kata Budi, sambil menegaskan, kerajaan akan menghantar lebih banyak surat sebelum memutuskan kemungkinan penutupan.
X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai menjawab permintaan Reuters yang meminta penjelasan.
Rakyat Indonesia merupakan pengguna terbesar media sosial dan X mempunyai 24.85 juta pengguna di negara itu, menurut agensi pengumpulan data negara itu, Statista.
Sebelum ini, Malaysia turut menyuarakan penegasan mengenai dasar negara kepada penyedia platform laman sosial, X, yang didakwa mengubah terma perkhidmatannya secara rasmi dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu sememangnya melanggar undang-undang Malaysia dan tidak dibenarkan.
“Insya-Allah, kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar negara kita kepada pihak X.
Terdahulu, media melaporkan aplikasi X secara rasmi membenarkan penggunanya memuat naik kandungan dewasa.
Kemas kini dasar baharu itu bukan sahaja membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah, malah mereka juga boleh mengedar dan menggunakan bahan berunsur seksual, selagi ia mendapat persetujuan pihak terlibat.
Menurut dasar itu, pendedahan kepada bahan grafik lucah akan dihadkan kepada kanak-kanak dan
pengguna dewasa yang memilih untuk tidak melihatnya. - Agensi
Agensi
Fri Jun 14 2024
Indonesia bersedia untuk menutup platform media sosial X jika ia tidak mematuhi peraturan yang menghalang kandungan lucah, kata menteri komunikasi negara itu pada Jumaat.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
'Tindakan sita Equanimity sah, ikut undang-undang'
Tindakan tersebut dibuat selepas Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju agar Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia.
Malaysia-Indonesia bincang isu gaji amah minggu depan
Kumpulan kerja bersama Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan pada 15 dan 16 Okt ini di Jakarta untuk mencari penyelesaian kepada isu pembantu rumah dari republik itu.