SEJENIS spesies rusa kecil yang sangat jarang ditemui dan dianggap telah pupus kini ditemui semula selepas hampir 30 tahun.
Pihak Pusat Pemuliharaan Vietnam pada selasa berkata, haiwan yang dikenali sebagai Chevrotain atau dipanggil sebagai pelanduk Vietnam itu dirakam oleh kamera perangkap di hutan di Selatan Vietnam.
Haiwan bersaiz kecil seperti arnab itu mempunyai bulu berwarna perak di belakang badannya.
Ia juga mempunyai dua taring kecil dan berjalan menggunakan kuku kecilnya.
Kali terakhir spesies itu dilihat pada tahun 1990 adalah di belantara tengah Vietnam.
Disebabkan itu, ia menjadikannya salah satu haiwan paling jarang ditemui di dunia.
Menurut Ahli Konservasi, Chevrotain bukan dari jenis tikus atau rusa walaupun itu nama panggilan yang diberikan oleh penduduk tempatan kepadanya.
Ia adalah mamalia berkuku terkecil di dunia yang sangat pemalu serta hidup bersendirian.
Kebelakangan ini, hidupan liar di Vietnam berdepan beberapa cabaran termasuk pemburuan haram dan kemusnahan habitat akibat pembangunan.
Agensi
Tue Nov 12 2019

Haiwan bersaiz kecil itu mempunyai bulu berwarna perak di belakang badannya. - AP

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti sekitar di Masjid UPM.

Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025
Jumlah penumpang penerbangan semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat 12 peratus kepada 6,186,298, berbanding 5,529,659 tahun lepas.

Pembuat filem Hollywood didakwa tipu Netflix US$11 juta
Pendakwa raya persekutuan di New York menuduh Rinsch menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk siri fiksyen sains.

AADK perkenal DAC untuk pemulihan lebih holistik
DAC, sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tahanan Reman atau lokap, kini melalui transformasi selari dengan pindaan akta.

Alam Flora galak pengunjung bazar bawa beg guna semula demi kelestarian alam
Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, menyeru orang ramai agar membawa beg guna semula dan bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan untuk mengurangkan pembuangan sampah.

Parlimen Serbia sahkan peletakan jawatan PM Vucevic
Dengan pengesahan peletakan jawatan itu, tempoh 30 hari bermula untuk pembentukan kerajaan baharu.

DAP Perak tubuh jawatankuasa khas bantu kempen PRK Ayer Kuning
DAP akan bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik Kerajaan Perpaduan supaya kerajaan Perak kekal kukuh.

Pentagon akan kurangkan hingga 60,000 kakitangan awam
Tiga cara akan dilaksana Pentagon iaitu letak jawatan secara sukarela, pecat pekerja dalam tempoh percubaan dan hapuskan jawatan dengan tidak menggantikan pekerja yang berhenti secara rutin.

KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna.

Pasaran sewa naik 3.9 peratus, tertinggi dalam lima tahun kepada purata RM2,052 - IQI
Kadar sewa nasional berkembang 2.8 peratus pada suku keempat 2024 berbanding suku ketiga 2024, menunjukkan sewa kembali ke paras pra COVID-19.

Mamalia kecil dipercayai pupus muncul semula selepas 30 tahun
Kali terakhir spesies itu dilihat pada tahun 1990 adalah di belantara tengah Vietnam.