Malaysia menganjurkan mesyuarat Formula Arria Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York, yang memberi tumpuan kepada penempatan haram Israel, pada Jumaat.
Mesyuarat itu disokong anggota majlis seperti Mesir, Angola, Senegal dan Venezuela, yang turut menjadi pengerusi bersama dengan Malaysia, demikian menurut kenyataan Wisma Putra.
Malaysia mengulangi keperluan segera untuk Majlis Keselamatan menggunakan pelbagai cara yang ada dan mengambil langkah segera menghentikan aktiviti penempatan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa serta menjejaskan penyelesaian dua-negara.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ramlan Ibrahim berkata aktiviti penempatan Israel telah dikutuk sejak beberapa dekad lalu, tanpa ada tindakan konkrit untuk menghentikan mereka.
"Pada masa sama, penempatan itu terus berkembang, keganasan kian bertambah dan syarat untuk penyelesaian dua-negara semakin terhakis.
"Kemarahan dan kekecewaan atas sikap pilih kasih yang sekian lama ke atas Palestin berterusan bagi menyemarakkan radikalisasi di rantau itu dan melangkauinya," katanya.
Dalam isu penempatan haram Israel itu, katanya, ia bukan masalah kekurangan insentif tetapi tiadanya sekatan.
Ramlan berkata bulan lepas sahaja, Israel menerima sesuatu yang belum pernah berlaku apabila mendapat bantuan ketenteraan berjumlah AS$38 bilion untuk tempoh 10 tahun.
"Saya tidak boleh bayangkan insentif lebih hebat untuk keselamatan Israel. Namun beberapa minggu selepas menandatangani perjanjian bantuan ketenteraan paling besar itu, Israel dengan selamba mengumumkan ia akan membina lebih banyak penempatan baharu," katanya.
Ramlan berkata, ia jelas menunjukkan perlunya menghentikan ganjaran ke atas perbuatan menyalahi undang-undang yang mengancam keamanan dan keselamatan di rantau itu serta melangkauinya.
Mesyuarat itu turut diberikan maklumat secara langsung daripada pakar dan wakil masyarakat termasuk Hagai El-Ad dari B'Tselem, satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel yang berpangkalan di Tel Aviv yang memperjuangkan hak kemanusiaan di Wilayah Palestin yang diduduki.
Ia juga menunjukkan rakaman video menggambarkan keganasan peneroka terhadap orang awam Palestin, merobohkan rumah rakyat Palestin untuk memberi laluan kepada penempatan haram Israel, serta dasar pengasingan di Hebron.
Menurut Wisma Putra, mesyuarat itu diterima baik oleh 300 peserta terdiri daripada anggota PBB, NGO dan lain-lain.
Mesyuarat Formula-Arria adalah pertemuan tidak formal dan secara peribadi, di mana anggota UNSC diberi kelonggaran dari segi prosedur untuk bertukar-tukar pendapat secara berterus terang dan peribadi dengan pemberi taklimat bukan daripada PBB.
Ini adalah usaha ketiga Malaysia mengenai Palestin sejak menjadi anggota tidak tetap UNSC pada Januari 2015 - yang pertama memfokuskan mengenai Gaza pada Julai 2015, dan kedua mengenai perlindungan orang awam Palestin pada Mei 2016.
Sebelum inisiatif Malaysia, lebih 18 tahun telah berlalu tanpa ada mesyuarat Formula Arria mengenai Palestin.
Tempoh Malaysia sebagai anggota tidak tetap UNSC akan berakhir pada penghujung 2016. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
Malaysia menganjurkan mesyuarat Formula Arria Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York. - Foto Bernama
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia terajui Mesyuarat Formula Arria mengenai penempatan haram Israel
Malaysia menganjurkan mesyuarat Formula Arria Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York, yang memberi tumpuan kepada penempatan haram Israel, pada Jumaat.
Malaysia akan pengerusi bersama Mesyuarat Formula Arria UNSC
Malaysia akan menjadi satu daripada pengerusi bersama Mesyuarat Formula Arria Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).