DOHA: Malaysia dan Qatar sama-sama mempunyai peluang dan perlu meningkatkan lagi prestasi perdagangan dan pelaburan dua hala.
Ketika menyuarakan keyakinan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan terdapat peningkatan signifikan dalam nilai dagangan Malaysia dan Qatar walaupun dunia masih bergelut dengan ancaman pandemik COVID-19.
Menurutnya, nilai dagangan tersebut bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 30.9 peratus kepada RM610 juta berbanding RM470 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
"Saya percaya kedua-dua negara masih mempunyai peluang untuk meningkatkan lagi prestasi perdagangan dua hala tersebut.
"Saya juga berterima kasih kerana Qatar memilih Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan di Asia Tenggara, khususnya dalam sektor hartanah dan perkhidmatan.
"Sehingga kini, nilai pelaburan Qatar di Malaysia melebihi RM13.49 bilion (US$3.2 billion)," katanya pada sidang media bersama media Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Ismail Sabri yang tiba di Doha pada Sabtu berkata dalam pertemuannya dengan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sejurus majlis sambutan rasmi di Amiri Diwan pagi tadi, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi menentukan sasaran pelaburan yang ingin dicapai dalam masa dua tahun.
"Mengambil kira pembukaan sempadan kedua-dua negara dan fasa peralihan ke endemik, saya percaya Malaysia dan Qatar perlu mengambil peluang untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, khususnya industri halal, makanan, perbankan Islam, tenaga boleh baharu serta minyak dan gas," katanya.
Perdana Menteri berkata lawatan beliau ke Ladang Lembu dan Kilang Pengeluaran Tenusu Baladna semalam, juga telah membolehkan memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani pada 2019 bagi Baladna menjadi rakan kongsi FGV Holdings Bhd (FGV) dan Felcra Bhd dalam projek usahasama ladang tenusu berskala besar di Malaysia, dipersetujui untuk dimuktamadkan selewat-lewatnya Jun ini.
"Kerjasama strategik antara Baladna, FGV dan Felcra Bhd melibatkan pelaburan sebanyak RM2.1 bilion (US$500 juta) bagi pembangunan projek tenusu berskala besar di Chuping, Perlis.
"Baladna juga bersetuju untuk menambah pelaburan sebanyak RM2.1 bilion (US$500 juta) lagi bagi pembangunan projek tenusi di Pahang.
"Pelaburan ini akan mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing industri tenusu tempatan," katanya.
Ismail Sabri berkata dalam pertemuan dengan Sheikh Tamim, Malaysia turut mengetengahkan beberapa cadangan untuk penerokaan peluang-peluang pelaburan di Qatar kepada syarikat-syarikat Malaysia.
Antaranya, North Field Expansion Project yang meliputi tiga fasa.
"Saya telah mencadangkan agar Petronas diberi peluang untuk terlibat dalam projek ini. Alhamdulillah, cadangan saya disambut baik oleh Amir Qatar," katanya.
Menurut Perdana Menteri, dua lagi cadangan adalah supaya Malaysia dijadikan hab penerbangan Qatar Airways untuk ke negara-negara ASEAN dan supaya Qatar mengimport lebih banyak minyak sawit Malaysia sebagai alternatif kepada minyak bunga matahari.
Pada sidang media sama, Ismail Sabri turut merakamkan penghargaan atas komitmen Qatar menjadi tuan rumah bagi Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) ke-14 pada tahun depan.
"WIEF berpotensi membantu komuniti perniagaan terutamanya di negara-negara Islam yang telah terkesan oleh pandemik COVID-19," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Sheikh Tamim (tiga dari kanan) sempena lawatan rasmi tiga hari ke Qatar di Amiri Diwan hari ini. - Bernama
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.