KUALA LUMPUR:Kerajaan Malaysia hari ini menzahirkan komitmen untuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia di peringkat strategik dan komprehensif.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin ketika sesi Sidang Media Bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta hari ini berkata Malaysia berpuas hati dengan hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara, yang dilihat semakin kukuh di setiap peringkat.

"Sebagai jiran akrab dan negara tonggak ASEAN, Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang amat rapat. Saya ingin menzahirkan rasa puas hati terhadap tahap hubungan dua hala yang bertambah kukuh di setiap peringkat.

"Saya percaya, melalui “semangat serumpun”, sebarang isu-isu yang timbul dapat kita rundingkan bersama demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan rantau Asia Tenggara," kata Perdana Menteri.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut menyatakan pendirian tegas kedua-dua negara terhadap pergolakan di Myanmar.

Sidang media bersama Muhyiddin - Joko Widodo


Antara perkara lain yang turut disentuh dalam sidang media tersebut termasuk persetujuan kedua-dua negara memberi mandat kepada Menteri Luar untuk mencari kesepakatan supaya satu mesyuarat khas ASEAN diadakan bagi membincangkan isu di Myanmar.

Selain itu, isu berkaitan Laluan Hijau Timbal Balik; dan kebimbangan Malaysia dan Indonesia terhadap kempen anti-minyak sawit yang berlaku terutama di Eropah, Australia dan Oceania.

Turut diberi perhatian adalah isu  pekerja migran warganegara Indonesia.

Perdana Menteri tiba di Jakarta pada Khamis untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Sambutan negara di Istana Merdeka, Jakarta