JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengadakan mesyuarat Kabinet pleno pertamanya di Nusantara, ibu negara baharu yang terletak di wilayah Kalimantan Timur pada Isnin, lapor Xinhua.

Ini menandakan peristiwa penting dalam proses peralihan fungsi pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Nusantara.

Mesyuarat yang dipimpin oleh Presiden Joko Widodo, diadakan di Istana Garuda dan dihadiri Naib Presiden Ma'ruf Amin serta semua menteri Kabinet.

Mesyuarat itu dilaporkan tertumpu kepada penilaian prestasi semasa kerajaan dan program-program untuk tahun hadapan termasuk peralihan kepada kerajaan baharu.

Sambutan Hari Kemerdekaan juga akan diadakan di Nusantara pada Sabtu ini.

-- BERNAMA