Seorang hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan perintah sementara untuk menyekat pentadbiran Presiden Donald Trump daripada menafikan suaka kepada pendatang yang memasuki negara itu secara haram, menyebabkan presiden berkenaan pada Selasa mendakwa bahawa mahkamah tersebut mengamalkan sikap berat sebelah terhadapnya.
Trump telah mengeluarkan satu perisytiharan pada awal bulan ini yang menyebut bahawa hanya mereka yang memasuki negara itu melalui pusat pemeriksaan rasmi boleh memohon suaka berbanding mereka yang menyelinap masuk dengan menyeberangi sempadan semasa beribu-ribu anggota konvoi pendatang dari Amerika Tengah bergerak ke utara negara tersebut menerusi Mexico.
Bagaimanapun, Hakim Daerah AS Jon Tigar di San Francisco telah mengeluarkan satu perintah sekatan sementara terhadap perisytiharan Trump itu, sekaligus membenarkan permohonan kumpulan hak asasi manusia yang mengemukakan saman sejurus selepas perisytiharan tersebut diumumkan.
"Ia adalah sesuatu yang memalukan," kata Trump yang mendakwa hakim itu berat sebelah dan menyifatkan Tigar, yang dilantik oleh bekas presiden AS Barack Obama, sebagai "hakim Obama."
"Kami akan memenangi kes itu di Mahkamah Agung Amerika Syarikat," kata Trump.
Dalam penghakimannya, Tigar berkata Akta Imigresen dan Kewarganegaraan (INA) 1965 menyebut bahawa mana-mana warga asing yang tiba di AS, "sama ada di pelabuhan yang ditetapkan atau sebaliknya," boleh memohon suaka.
"Peraturan yang menghalang suaka diberi kepada pendatang yang memasuki negara di luar pelabuhan pintu masuk adalah bercanggah dengan INA dan hasrat Kongres," kata Tigar.
"Apapun ruang lingkup kekuasaan presiden, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya meminda undang-undang imigresen untuk meletakkan syarat yang telah dilarang secara jelas oleh Kongres."
Perintah sekatan hakim itu kekal sehingga mahkamah memutuskan kes tersebut.
Pentadbiran Trump telah berhujah bahawa beliau memiliki kuasa eksekutif untuk membendung penghijrahan atas alasan keselamatan negara, dan kuasa itu diguna pakai sejurus selepas presiden itu mengambil alih jawatan tahun lepas dengan mengenakan larangan perjalanan yang kontroversi ke atas pengembara dari beberapa negara Islam.
Versi akhir perintah itu dikekalkan oleh Mahkamah Agung AS pada 26 Jun selepas satu pertikaian perundangan yang berpanjangan.
"Sistem suaka kami terjejas dan telah disalah guna oleh berpuluh-puluh ribu permohonan yang tidak mempunyai merit setiap tahun," menurut satu kenyataan bersama oleh Jabatan Keadilan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri selepas keputusan mahkamah berhubung permohonan suaka itu diumumkan.
Pada 2018, rondaan di kawasan sempadan mencatat lebih 400,000 orang telah menyeberangi sempadan secara haram, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Kenyataan jabatan itu menyebut bahawa dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, jumlah mereka yang memohon suaka telah meningkat sebanyak 2,000 peratus.
Bercakap di kawasan sempadan di Pantai Imperial, California, Ketua Keselamatan Dalam Negeri Kirstjen Nielsen telah melipatgandakan usaha dan mengugut untuk menahan atau menghantar pulang semua pendatang yang mengambil bahagian dalam konvoi terbabit yang berani menyeberangi sempadan ke AS.
"Jangan silap, kami amat serius. Anda tidak akan dapat memasuki negara kami secara haram… Jika anda cuba memasuki negara kami tanpa kebenaran, anda telah melanggar undang-undang Amerika Syarikat, oleh itu anda akan ditahan, didakwa dan dihantar pulang."
Beliau mendakwa sekurang-kurangnya 500 anggota konvoi pendatang telah dikenal pasti sebagai "penjenayah" tanpa memberikan sebarang bukti atau butiran lanjut berkaitan ciri atau sumber asal dakwaan itu.
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
Bernama
Wed Nov 21 2018

TRUMP: Kami akan memenangi kes itu di Mahkamah Agung Amerika Syarikat. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.