Mahkamah di Perancis pada Khamis telah memutuskan supaya Twitter menyerahkan data pengguna bagi mengenalpasti identiti pengguna yang menyebarkan tweet berunsur perkauman dan anti-semetik.
Selama ini Twitter enggan bekerjasama dengan pihak polis.

Keputusan tersebut dibuat susulan aduan undang-undang yang dikemukakan oleh Kesatuan Pelajar Yahudi (UEJF) pada bulan Oktober lalu, yang berhujah terdapatnya banyak tweet yang telah melanggar undang-undang Perancis dan berunsur hasutan.

Kesatuan itu telah mendesak Twitter agar menjalankan kawalan yang ketat pada laman sosial tersebut berikutan kebanjiran tweet berunsur anti-Semitik dengan hashtag #unbonjuif (#agoodjew)

Susulan desakan tersebut, Twitter telah memadam beberapa tweet yang melampau.

UEJF mengambil langkah tersebut dengan tujuan untuk memaksa Twitter mengenalpasti identiti pengarang tweet tersebut.

Oktober lalu, Twitter telah menggantung akaun kumpulan neo-Nazi di Jerman berikutan permintaan oleh kerajaan di Berlin. Ia adalah kali pertama sebuah syarikat AS bertindak sedemikian atas permintaan kerajaan.