ISLAMABAD: Mahkamah Tinggi di Pakistan memutuskan supaya pihak berkuasa tidak menangkap bekas perdana menteri Nawaz Sharif sekembalinya ke negara itu pada Sabtu, menjelang pilihan raya di republik itu.
Mahkamah di Islamabad itu memutuskan supaya Sharif hadir di hadapan hakim minggu depan untuk mendapatkan lanjutan jaminan sementaranya, kata peguamnya Azam Nazeer kepada pemberita di luar mahkamah.
Sharif, bekas perdana menteri tiga kali, dibebaskan dari penjara pada 2019 untuk mendapatkan rawatan perubatan di London selama enam minggu, namun beliau memilih untuk tidak kembali bagi melengkapkan baki tempoh hukumannya.
Sharif, salah seorang pemimpin paling popular di Pakistan yang kerap berlaku rampasan kuasa, disingkirkan ketika penggal ketiga pemerintahannya pada 2017 dan dipenjarakan selama tujuh tahun atas pelbagai pertuduhan rasuah setahun kemudian.
Ketika Sharif kembali ke Pakistan, pengganti yang juga saingan politiknya Imran Khan, kini berada di penjara selepas disingkirkan daripada jawatan perdana menteri atas tuduhan rasuah.
Sharif dan Khan disingkirkan selepas mereka tidak disenangi oleh jeneral yang berkuasa di negara yang diperintah oleh tentera selama berdekad.
Sharif, yang mengumumkan keputusannya untuk pulang ke negara asal pada September, berusaha untuk membatalkan hukuman ke atasnya bagi mengetuai partinya dalam pilihan raya yang dijadualkan pada Januari, menurut anak perempuannya Maryam Nawa.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Thu Oct 19 2023

Sharif dibebaskan dari penjara pada 2019 untuk mendapatkan rawatan perubatan di London selama enam minggu, namun beliau memilih untuk tidak kembali bagi melengkapkan baki tempoh hukumannya. - Gambar fail/Reuters/Hannah McKay

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Shehbaz Sharif diumum calon Perdana Menteri Pakistan
Pemimpin Liga Muslim Pakistan, Nawaz Sharif pilih adiknya, Shehbaz Sharif untuk mengetuai kerajaan baharu Pakistan.

Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.

Penduduk Lahore rai kemenangan dua pemimpin
Dua bekas Perdana Menteri Pakistan dan pesaingnya Nawaz Sharif dan Imran Khan mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya meskipun dicemari penangguhan keputusan dan serangan militan pada Jumaat.

Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.

Mahkamah Pakistan batal sabitan ke atas Nawaz Sharif
Pembatalan ini sekaligus menghapuskan salah satu halangan untuk Nawaz layak bertanding dalam pilihan raya Februari depan.

Mahkamah Pakistan benar bekas perdana menteri, Nawaz Sharif diikat jamin
Mahkamah Tinggi di Pakistan memutuskan supaya pihak berkuasa tidak menangkap bekas perdana menteri Nawaz Sharif sekembalinya ke negara itu pada Sabtu, menjelang pilihan raya di republik itu.

Sekutu bekas PM Nawaz Sharif dilantik sebagai Menteri Kewangan Pakistan
Ahli politik kanan Pakistan Ishaq Dar, seorang penyokong setia bekas perdana menteri Nawaz Sharif, dilantik sebagai menteri kewangan baharu negara itu pada Rabu.

Nawaz Sharif dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun
Sebelum ini, Sharif dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun Julai lalu namun dibebaskan dengan ikat jamin pada September.

Isteri dikebumi, Nawaz Sharif dan anak dibenar keluar penjara sementara
Jasadnya dibawa ke kampung halamannya di Lahore dengan pesawat awal Jumaat, dan dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya.

Isteri Nawaz Sharif meninggal dunia
Kulsoom Nawaz, isteri bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif, meninggal dunia di London pada Selasa akibat kanser darah (limfoma).