ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dan sekutunya mengumumkan mereka akan bersama-sama membentuk kerajaan campuran, menamatkan ketidaktentuan sejak minggu lalu apabila tiada parti memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya Parlimen.
Perkembangan terbaharu itu berlaku beberapa jam selepas parti - kesemuanya pesaing bekas Perdana Menteri negara itu, Imran Khan yang dipenjarakan - bertemu di Islamabad.
Pertemuan itu dihadiri oleh Parti Rakyat Pakistan pimpinan bekas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan Liga Muslim Pakistan (PML) pimpinan Nawaz, termasuk adiknya, Shehbaz Sharif, yang menggantikan Imran sebagai Perdana Menteri apabila beliau digulingkan melalui undi tidak percaya di Parlimen pada 2022.
Pada sidang akhbar, Asif Ali dan beberapa pemimpin politik lain termasuk Shehbaz tidak menyatakan siapa yang akan menjadi pilihan bersama Perdana Menteri, walaupun spekulasi menyebut Shehbaz akan dilantik mengetuai kerajaan baharu.
"Kami telah memutuskan bahawa kami akan membentuk kerajaan secara bersama," kata Asif Ali.
Dalam masa sama, jurucakap PML, Marriyum Aurangzeb berkata, pemimpin PML, Nawaz, 74, telah mencalonkan adik lelakinya Shehbaz, 72, sebagai calon Perdana Menteri, manakala anak perempuannya, Maryam Nawaz, 50 , pula akan dilantik sebagai Ketua Menteri wilayah Punjab.
PML telah berbincang dengan Asif Ali dan sekutu lain selepas pemilihan Khamis untuk Dewan Negara atau Dewan Rendah Parlimen.
Walaupun calon yang disokong oleh parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, Imran memenangi 93 daripada 265 kerusi Dewan Undangan Negeri, namun, ia tidak cukup untuk membentuk kerajaan.
PML pimpinan Nawaz dan Parti Rakyat Pakistan pimpinan Asif Ali masing-masing memenangi 75 dan 54 kerusi.
Untuk menubuhkan kerajaan, sebuah parti mesti memperoleh 133 kerusi daripada 265 kerusi yang dipertandingkan dalam 266 anggota Dewan Negara.
Parti lain memperoleh 17 kerusi, manakala keputusan satu kawasan pilihan raya ditahan. - Agensi
Agensi
Tue Feb 13 2024

Shehbaz Sharif (gambar) yang berusia 72 tahun telah dicalonkan oleh abangnya, Nawaz Sharif sebagai Perdana Menteri Pakistan. - Gambar AP

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Shehbaz Sharif diumum calon Perdana Menteri Pakistan
Pemimpin Liga Muslim Pakistan, Nawaz Sharif pilih adiknya, Shehbaz Sharif untuk mengetuai kerajaan baharu Pakistan.

28 maut dalam dua letupan menjelang pilihan raya Pakistan
Letupan pertama ragut 16 nyawa di Pishin, manakala letupan kedua di Qila Saifullah pula menyebabkan 12 orang maut.

Keganasan meningkat menjelang pilihan raya Pakistan
Pakistan kini menyaksikan keganasan berleluasa termasuk serangan militan dan cubaan mengancam nyawa calon yang bersaing untuk merebut kerusi Parlimen dan wilayah.