Muller didapati bersalah oleh mahkamah di bandar Leipzig, timur Jerman, kerana menggunakan simbol organisasi yang tidak berperlembagaan dan pengganas, menurut Hakim Mahkamah Daerah Leipzig Lucas Findeisen.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman ke atas Muller kerana kesalahan memiliki dadah dan mengenakan denda keseluruhan sebanyak EUR80,000 (kira-kira AS$89,000).
Hukuman mahkamah ini jauh melebihi permintaan pendakwaan yang hanya meminta denda sebanyak EUR5,700. Pihak pembelaan telah meminta pembebasan atas kedua-dua pertuduhan. - BERNAMA