Seorang lelaki menjumpai kepala seekor kuda di atas bonet keretanya yang telah dirosakkan dalam satu serangan di luar rumahnya di sebuah kawasan perumahan di Winston Hills, dekat sini awal hari ini.

Menurut polis, lelaki itu terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya, lapor Sydney Morning Herald.

Apabila lelaki itu bergegas keluar, dia menemui keretanya telah dirosakkan dan ada kepala seekor kuda di atas bonet keretanya itu, yang mengingatkan kepada satu adegan dalam filem The Godfather arahan Francis Ford Coppola yang terbit pada 1972.

Dalam filem itu, ketua Mafia, Vito Corleone mengugut seorang produser filem untuk menawarkan kepada anak angkatnya berlakon dengan meletakkan kepala seekor kuda kesayangannya di atas katilnya.


Polis menemui tompokan darah sepanjang jalan di depan rumah itu.

Polis percaya kepala kuda itu diambil dari sebuah rumah penyembelihan di sini.

Pihak berkuasa tempatan mengambil kepala kuda itu dan melupuskannya manakala kereta berkenaan diserahkan kepada bahagian forensik polis untuk siasatan.