Jumlah mangsa insiden dua letupan di sebuah pasar raya yang sibuk di Muang, di wilayah Pattani, selatan Thailand kini meningkat kepada 52 orang berbanding 30 sebelum ini, dengan antara mangsanya adalah kanak-kanak, kata pegawai keselamatan di lokasi kejadian.
Insiden pengeboman pada pukul 2.30 petang ini waktu tempatan (3.30 waktu Malaysia) berlaku ketika pasar raya itu dipenuhi orang ramai yang membeli belah.
"Bom pertama meletup di luar tempat letak kereta pada pukul 2.10 petang manakala letupan kedua dipercayai bom yang diletakkan dalam kereta berlaku di pintu masuk pasar raya itu 20 minit kemudian," kata Ketua Polis Muang, Mejar Kiratik Waeyusof kepada media di sini hari ini.
Dua letupan itu, katanya mengakibatkan keadaan panik dalam kalangan pelanggan dan pekerja pasar raya yang berlari mencari tempat berlindung.
Enam daripada mangsa itu mengalami kecederaan serius dan dibawa ke Hospital Pattani bersama mangsa lain untuk mendapatkan rawatan, kata Kiratik.
PATTANI-LETUPAN 2 PATTANI
Menurut sumber pihak keselamatan, sebuah pikap yang digunakan dalam letupan kedua di pintu masuk pasar raya itu dilaporkan dicuri di Yala sebelum ini dan pihak berkuasa sedang mengesan tuan punya kenderaan tersebut.
Insiden pengeboman hari ini yang terjadi di pasar raya popular dalam kalangan penduduk tempatan adalah rentetan daripada beberapa kejadian keganasan di wilayah bergolak itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Terdahulu jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISOC), Kol Pramote Prom-in ketika mengesahkan kejadian itu apabila dihubungi dari Bangkok hari ini, berkata letupan tersebut menyebabkan banyak kecederaan kepada pelanggan dan pekerja pasar raya tersebut.
"Ramai yang cedera tapi tiada yang maut," katanya sambil menambah pihak berkuasa bergegas ke tempat kejadian dan menutup kawasan itu bagi membantu siasatan.
Ketua Tentera Darat Wilayah 4, Lt Jen Piyawat Nakwanich dan pegawai keselamatan lain turut berada di lokasi kejadian, kata Piyawat.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawap ke atas insiden letupan terbaru itu.
Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mej Jen Kongcheep Tantravanich dalam satu kenyataan berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Jen Prawit Wongsuwon telah mengarahkan pihak berkaitan untuk memberi rawatan kepada mangsa yang cedera.
Beliau juga mahu pihak yang melakukan ''jenayah kejam'' itu diburu kerana menjadikan orang awam yang tidak bersalah sebagai sasaran.
Sementara itu, wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) di Thailand, Thomas Davin dalam satu kenyataan mengecam serangan di kawasan awam di mana kanak-kanak dan keluarga mereka diketahui ada di sana.
"Tidak ada nyawa kanak-kanak yang harus diletakkan dalam risiko seperti ini. Semua ini tidak boleh diterima," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2017
Insiden pengeboman pada pukul 2.30 petang ini waktu tempatan (3.30 waktu Malaysia) berlaku ketika pasar raya itu dipenuhi orang ramai yang membeli belah. - REUTERS/Surapan Boonthanom
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit gencatan senjata sepatutnya dilaksana
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67
Seramai 40 orang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman
Tujuh orang maut manakala 65 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah stesen minyak di wilayah Al Bayda'.
Letupan gegarkan depot peluru di Cuba, 13 anggota tentera hilang - Kementerian
Akibat letupan di gudang senjata dan peluru di perbandaran Rafael Freyre, 13 anggota tentera dilaporkan hilang.
ChatGPT diguna untuk rancang letupan Tesla Cybertruck di Las Vegas - Polis
Suspek menggunakan ChatGPT untuk mengetahui jumlah bahan letupan yang diperlukan untuk operasi itu serta menyelidik potensi letupan.
Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.
Polis, FBI di lokasi 'serangan pengganas' selepas Bourbon Street dibuka semula
Bourbon Street di New Orleans dibuka semula pada Khamis, sehari selepas "serangan pengganas" di New Orleans yang meragut sekurang kurangnya 14 nyawa.
Letupan di kilang bahan letupan di barat Turkiye ragut 12 nyawa
Letupan di sebuah kilang pengeluaran bahan letupan di barat Turkiye, pada Selasa mengorbankan 12 nyawa.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.