Seorang banduan di Arizona, Amerika Syarikat mengambil masa dua jam untuk menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tercungap-cungap dan mendengus selepas menjalani hukuman mati.
Ini adalah insiden terbaru ketika masyarakat negara itu mempersoalkan pelaksanaan hukuman mati menggunakan suntikan beracun dalam sistem kehakiman jenayahnya.
Hukuman mati ke atas Joseph Wood, pesalah kes bunuh berkembar itu, bermula pukul 1.52 petang waktu Arizona di kompleks penjara. Dia disahkan meninggal dunia pada 3.48 petang, kata pejabat peguam negeri Arizona.
Proses yang biasanya mengambil masa 10 hingga 15 minit berlanjutan sampai hampir dua jam. Menurut saksi termasuk wartawan dan peguam Dale Baich yang mewakili Wood, lelaki itu nampak tercungap-cungap.
“Saya sudah saksikan beberapa hukuman mati tetapi saya tidak pernah tengok yang seperti ini,” kata Baich seperti dipetik oleh The Washington Post. “Hukuman mati yang saya saksikan sebelum ini tidak lama seperti ini.”
Peguam Wood memfailkan rayuan segera kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati itu ketika lelaki itu bertarung nyawa. Mereka juga menghubungi seorang hakim Mahkamah Agung untuk bantuan.
Rayuan itu difailkan pada pukul 3 petang atas alasan hak asasi Wood untuk dihukum mati tidak dengan kejam.
Wood bagaimanapun mati sebelum mahkamah memberi maklumbalas. Hakim Mahkamah Agung itu juga menolak permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Pada pukul 3.39 petang, menelefon tiga hakim yang membenarkan hukuman mati itu. Tetapi 10 minit kemudian Wood menghembuskan nafas terakhirnya.
Pihak peguam negeri mendakwa Wood telah tidak sedarkan diri sepanjang proses itu dan tidak menderita. "Dia berdengkur," kata Stephanie Grisham, jurucakap pejabat peguam itu yang juga menyaksikan kejadian itu. "Tidak ada tercungap atau mendengus. Itu yang sebetulnya. Dia hanya tidur."
Tetapi menurut peguam kalau betul sekalipun anak guam mereka itu telah tidur dan tidak sedar, kenapa proses itu mengambil masa yang panjang.
Gabenor Arizona, Jan Brewer melahirkan kebimbangan terhadap proses yang panjang itu. Beliau mengarahkan siasatan penuh tetapi pada masa sama berkata keadilan telah ditegakkan.
Wood, 55, dihukum mati pada 1991 kerana menembak mati teman wanitanya dan teman wanitanya itu pada Ogos 1989.
Mayat Wood dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Wood adalah seorang daripaxda enam banduan yang menunggu hukuman mati yang menyaman kerajaan Arizona berhubung kerahsiaan bahan kimia yang digunakan untuk pelaksanaan hukuman di Ohio dan Oklahoma. Rayuannya gagal pada Rabu apabila membenarkan hukuman itu dilaksanakan.
Agensi
Thu Jul 24 2014
Proses yang biasanya mengambil masa 10 hingga 15 minit berlanjutan sampai hampir dua jam
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Budak 11 tahun didakwa cetus kebakaran hutan
Kanak-kanak tersebut berdepan tuduhan membakar harta benda dengan sengaja selain menyebabkan keadaan bahaya akibat tindakannya.
AS Memilih: Joe Biden mendahului dengan 264 undi elektoral, Trump 214
Selain negeri yang dimenangi Hillary Clinton pada 2016, Biden turut dilapor menang di dua negeri baharu, Wisconsin dan Michigan.
Kereta api kargo terbakar jatuh dari jambatan
Tim McMahan berkata, akibat daripada kemalangan itu, sebahagian jambatan itu runtuh.
Dua lokasi pergunungan di Arizona terbakar akibat disambar petir
Anggota bomba menunjukkan sedikit perkembangan baik dalam usaha memadamkan kebakaran di kawasan Pusch Ridge berdekatan.
COVID-19: Sekurang-kurangnya 13 negeri AS isytihar darurat kesihatan
Jumlah kematian di negara itu kini ialah 28 orang dan lebih 800 orang telah dijangkiti wabak berkenaan.
Cari 'angle' baik nak berswafoto, wanita sudahnya dicakar jaguar
Niat seorang wanita ingin berswafoto bersama seekor jaguar bertukar tragedi apabila dia di serang oleh haiwan karnivor tersebut di sebuah zoo di Arizona.
Kerana cukur jambang, anak tak kenal dan enggan bermain dengan bapa
Seorang bayi 14 bulan terpegun dan hampir tidak mengenali bapa kandung sendiri selepas lelaki itu mencukur misai dan jambang.
Uber tutup ujian kereta tanpa pemandu di Arizona
Susulan itu, Uber beralih ke Pittsburgh, Pennsylvania dan di ibu pejabat San Francisco, California, di mana ujian terhadap kereta tanpa pemandu telah dilaksanakan sejak 2016.
Guru wanita dituduh goda, rogol murid bawah umur dalam bilik darjah
Britanny Zamora, 27, seorang guru di Sekolah Rendah Akademi Las Brisas di Goodyear, Arizona juga didakwa melakukan hubungan seks dengan pelajar sebanyak tiga kali, menurut rekod mahkamah.
4 anak angkat dikurung, dibiar kelaparan
Benito dan Carol Gutierrez ditahan selepas salah seorang kanak-kanak itu berjaya meloloskan diri dengan memecahkan tingkap kediaman mereka di Tucson, Arizona.