Lebih banyak perlu dilakukan bagi memastikan semua mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Donetsk Oblast dikumpul dan dihantar pulang dengan penuh penghormatan ke negara
masing-masing secepat mungkin, kata Asean.
Asean mendesak semua aktiviti ketenteraan termasuk oleh kumpulan bersenjata dihentikan dengan segera untuk membolehkan akses yang selamat dan tanpa halangan oleh pasukan penyiasat antarabangsa yang menyiasat nahas itu.
Dalam pernyataan bersama selepas Mesyuarat Menteri Luar Asean di Nay Pyi Taw, Myanmar baru-baru ini, Menteri-menteri Luar Asean juga mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam itu dibawa ke muka pengadilan.
Mereka turut melahirkan sokongan kepada usaha secara aman yang dijalankan oleh semua pihak bagi menangani krisis di Ukraine.
Mereka menekankan perlunya meredakan ketegangan di timur Ukraine, dan mahu semua pihak yang terlibat supaya bersetuju melaksanakan gencatan senjata dengan segera dan ia perlu dipatuhi oleh semua pihak.
"Kami menggesa semua pihak terlibat supaya merundingkan penyelesaian secara aman selaras dengan undang-undang antarabangsa," kata mereka.
Menteri-menteri Luar Asean menarik perhatian kepada kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 19 Julai lepas yang mengutuk penembakan pesawat MH17 di Donetsk Oblast, Ukraine, pada 17 Julai yang mengorbankan 298 orang.
Mereka juga melahirkan kebimbangan berat terhadap perkembangan baru-baru ini yang meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan dan menegaskan pentingnya usah mengekalkan keamanan, kestabilan dan keselamatan maritim serta kebebasan navigasi di ruang udara merentasi Laut China Selatan.
Mereka menggesa semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan mengelak tindakan yang boleh meruncingkan lagi keadaan dan menjejaskan keamanan, kestabilan dan keselamatan di Laut China Selatan.
Para pemimpin berkenaan berpendapat konflik itu perlu diselesaikan secara aman tanpa ancaman atau menggunakan kekerasan termasuk dialog persahabatan, perbincangan dan perundingan, selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diterima sejagat termasuk Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.
Menteri-menteri Luar Asean turut menarik perhatian bahawa Laporan Kemajuan mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak di Laut China Selatan dikemukakan pada persidangan itu selepas mesyuarat Menteri Asean-China.
Para pegawai Asean akan bekerjasama dengan China untuk memuktamadkan objektif, struktur serta memperincikan kandungan Kod Amalan termasuk elemen-elemen konkrit yang akan memupuk kepercayaan dan keyakinan, selain mengelak insiden dan menangani insiden jika ia berlaku.
Pemimpin itu juga menugaskan para pegawai Asean untuk melaksanakan langkah-langkah yang boleh membawa hasil dengan segera.
Bernama
Mon Aug 11 2014
Asean mendesak semua aktiviti ketenteraan termasuk oleh kumpulan bersenjata dihentikan dengan segera untuk membolehkan akses yang selamat dan tanpa halangan oleh pasukan penyiasat antarabangsa yang menyiasat nahas itu. - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia
Garrido mencabar barisan pemain baharu untuk membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara bertahan apabila menggalas cabaran negara pada Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya.
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Selain aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lawatan tersebut juga tersebut juga adalah bersempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Filipina.
Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang
Phee Jinq mengambil keputusan untuk melupakan seketika kolam renang selepas kejayaan menyumbang pingat emas dan perak kepada kem negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala
Malaysia dan Korea Selatan mengadakan Mesyuarat Rundingan Dua Hala ke-9 Korea-Malaysia di Putrajaya pada Rabu (26 Jun), menurut Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.