Sebuah meteorit melintasi ruang udara Rusia di Pergunungan Ural dan telah menyebabkan satu letupan.

400 rakyat tempatan cedera dan sekurang-kurangnya tiga cedera parah kebanyakkannya akibat terkena serpihan tingkap bangunan yang pecah kesan gelombang kejutan yang dihasilkan meteorit berkenaan.

Video-video amatur menunjukkan meteorit melintasi langit dan kelihatan seakan-akan kepulan asap diikuti bunyi hentaman yang kuat.

Sebuah kilang besi di Chelyabinsk musnah teruk.

Setakat ini terdapat pelbagai laporan mengenai apa yang berlaku dan kejadian sebenar masih belum dapat disahkan.