Sekurang-kurangnya 45 cedera dengan dua parah selepas kereta api melanggar penghadang di stesen kereta api Alcal de Henares berhampiran Madrid.

Kebanyakan yang cedera mengalami lebam dan trauma susulan impak pelanggaran tersebut.

Pengendali kereta api Renfe dalam kenyataan memaklumkan kemalangan berlaku selepas kereta api berkenaan tidak berhenti sepenuhnya dan melanggar penghadang di penghujung landasan.

"Kereta api terbabit berada di hentian terakhir dan bergerak perlahan sebelum kemalangan berlaku," kata kenyataan itu.

Tambahnya perkhidmatan kereta api diteruskan seperti biasa dengan beberapa laluan mengalami kelewatan.