NEW YORK: Satu daripada setiap enam kanak-kanak terpaksa bertahan dengan pendapatan kurang daripada AS$2.15 sehari, menurut laporan baharu Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) dan Bank Dunia yang dikeluarkan pada Rabu.
Penemuan itu menunjukkan 333 juta kanak-kanak di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan ekstrem - penurunan hampir 50 juta dalam tempoh sedekad yang lalu, menurut Agensi Berita Emirates (WAM).
Bagaimanapun, penulis laporan itu mengatakan berjuta-juta lagi kanak-kanak sepatutnya telah dikeluarkan daripada kemiskinan tegar sekiranya tidak berlaku gangguan yang berkaitan dengan COVID-19 selama tiga tahun.
Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell berkata kesan pandemik serta konflik, perubahan iklim dan kejutan ekonomi, telah "menghalang kemajuan" dalam menamatkan kemiskinan kanak-kanak.
Beliau menggesa usaha yang digandakan untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada perkhidmatan penting, termasuk pendidikan, pemakanan, penjagaan kesihatan dan perlindungan sosial, sambil mengatasi punca kemiskinan tegar.
"Kita tidak boleh mengecewakan kanak-kanak ini sekarang," katanya.Laporan itu menunjukkan secara global, kanak-kanak membentuk lebih daripada 50 peratus daripada golongan miskin tegar, walaupun hanya membentuk satu pertiga daripada populasi dunia, tambahnya.
Hampir 90 peratus kanak-kanak yang terperangkap dalam kemiskinan ekstrem tinggal sama ada di sub-Sahara Afrika atau Asia Selatan.
Sub-Sahara Afrika mempunyai kedua-dua kadar tertinggi iaitu pada 40 peratus pada 2022, dan bahagian terbesar kanak-kanak miskin tegar dunia, lebih 71 peratus - lonjakan ketara daripada hanya di bawah 55 peratus 10 tahun lalu.
Penulis laporan tersebut mengatakan pertumbuhan penduduk yang pesat dan langkah-langkah perlindungan sosial yang "terhad" telah menyumbang kepada peningkatan yang ketara ini.
Sementara itu, semua rantau lain di dunia kecuali Asia Barat dan Afrika Utara telah melihat "penurunan berterusan" dalam kadar kemiskinan ekstrem.
Laporan itu memberi amaran bahawa, pada kadar pengurangan semasa, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk menamatkan kemiskinan tegar kanak-kanak menjelang 2030, atau SDG 1, tidak akan dipenuhi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Penemuan itu menunjukkan 333 juta kanak-kanak di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan ekstrem - penurunan hampir 50 juta dalam tempoh sedekad yang lalu. -Gambar fail/Reuters
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly
Jumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang disahkan autisme meningkat kepada 1,681 kes pada tahun lalu berbanding 183 pada 2013.
FTC AS tuduh TikTok langgar privasi kanak-kanak
TikTok menolak dakwaan terbabit menerusi satu kenyataan di platform X, dengan menyatakan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan FTC selama lebih setahun.
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Empat tawanan Israel telah diselamatkan ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh.
Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin
Kata wakil Palestin ke PBB, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya selama beberapa dekad.
Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air
Ibu mangsa memberitahu anaknya hilang dari pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira 3.30 petang.
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.