SEREMBAN: Seorang kanak-kanak antara 55 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam serbuan di 27 lokasi berbeza termasuk di sebuah pasar raya terkemuka sekitar Seremban serta Nilai pada Isnin dan Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua tahanan yang berumur antara setahun hingga 51 tahun itu terdiri daripada 23 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, enam lelaki (Myanmar), 11 lelaki (Bangladesh), dua lelaki (Pakistan) selain dua lelaki dan tiga wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan (Vietnam).
"Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Semasa operasi dijalankan antara lokasi berkenaan, lima lelaki warga Indonesia bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pegawai Imigresen. Namun, kesemuanya dapat diberkas oleh pasukan serbuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua tahanan kemudian dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut dan sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan.
Tan berkata pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang membantu JIMNS dengan menyalurkan maklumat berhubung keberadaan pendatang tanpa izin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Semua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut dan sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Imigresen Sabah tahan 197 pendatang tanpa izin di Menggatal, Tuaran
Jabatan Imigresen Negeri Sabah menahan 197 pendatang tanpa izin dalam operasi di dua lokasi rumah kongsi tapak pembinaan perumahan di Menggatal dan Tuaran pada awal pagi ini.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
Imigresen tahan 43 warga asing dalam Op Kutip di Kluang
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 43 pendatang tanpa izin dan seorang majikan rakyat tempatan dalam serbuan di sebuah tapak projek perumahan di Kluang, Jumaat lepas.
Imigresen gempur Tanah Tinggi Lojing, tahan 86 pendatang tanpa izin
Imigresen Kelantan menahan 86 pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.
16 pendatang tanpa izin ditahan di premis hiburan haram di Puchong
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 16 pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah premis diubah suai menjadi pusat hiburan haram di Puchong, Selangor, semalam.
Berdepan cabaran keselamatan, ESSCOM pastikan negara kekal aman, selamat
Pengalaman negara berhadapan detik hitam pencerobohan pengganas bersenjata Sulu lebih 11 tahun lepas mengajar semua pihak betapa pentingnya mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.